SAM Mengalu-alukan Keputusan JAS Menghentikan Projek Tebusguna Tanah di Kuala Kedah Sementara Mendapat Kelulusan EIA

Projek tebusguna laut Kuala Kedah - gambar SAM 14 Mac 2017

Kenyataan Media                                                      29 Mei 2017 

Sahabat Alam Malaysia mengalu-alukan keputusan yang diambil oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam mengemukakan perintah berhenti kerja kepada pemaju projek tebusguna tanah di Kuala Kedah yang dikenali sebagai “The Dubai of Malaysia”.

Ketua Pengarah JAS telah mengesahkan kepada media bahawa perintah tersebut dikemukakan melalui notis bertarikh 15 Mei 2017. SAM telah membangkitkan isu ini kepada JAS pada pertengahan bulan Mac 2017 selepas tinjauan yang mendapati bahawa kerja-kerja penebusgunaan tanah telah bermula di Kuala Kedah walaupun EIA cadangan projek ini sedang dipamerkan untuk mendapatkan ulasan awam.  

Kerajaan Negeri Kedah sebagai tuan tanah dalam projek ini seharusnya mematuhi undang-undang alam sekitar dan tidak memulakan projek sehingga mendapatkan kesemua kelulusan termasuk daripada JAS. Kami berharap bahawa tindakan JAS ini menjadi teladan kepada penggerak dan pemaju projek lain agar mematuhi undang-undang.

Read more
1 reaction Share

SAM Welcomes DoE Decision To Stop Reclamation Project In Kuala Kedah Pending EIA Approval

Read more
1 reaction Share

Disiat Hidup-hidup Untuk Industri Fesyen Eksotik

Read more
1 reaction Share

Skinned Alive For The Exotic Fashion Industry

Read more
1 reaction Share

Hentikan aktiviti pembalakan di Bukit Perangin

Kawasan sawah berdekatan Bukit  Perangin mungkin terjejas jika kegiatan pembalakan tidak dihentikan.                 Gambar : SAM

Kenyataan Media                                           18 Mei 2017

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Kedah mengambil tindakan menghentikan segera aktiviti pembalakan di Bukit Perangin daerah Kubang Pasu kerana ia mengancam alam sekitar dan menjejaskan kehidupan penduduk-penduduk yang tinggal berhampiran kawasan tersebut.

Selain mencemarkan air sungai kegunaan harian lebih 400 penduduk di sini, para petani yang mengerjakan sawah di kawasan itu juga turut terjejas. Antara kampung-kampung yang terlibat dengan masalah ini ialah Kampung Wang Perah, Kampung Bukit dan Kampung Kubang Betong.

SAM kesal walau pun kesan buruk ini serius berlaku sejak 2013 lagi dan beberapa kali bantahan telah dibuat oleh penduduk-penduduk yang terlibat namun hingga sekarang tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan bagi menanganinya.

Read more
1 reaction Share

Disclose source of pollution of rivers and lakes in Pahang

Tasik Chini is polluted                                   Picture: SAM

Media Statement                                                       17 May 2017

Sahabat Alam Malaysia (SAM) urges the Ministry of Natural Resources and Environment to immediately disclose the findings of investigations by the Department of Environment (DOE) of Pahang on the sources of pollution of Sungai Pahang, Sungai Temerloh, Tasik Chini and Tasik Mentiga.

Disclosure regarding the sources of pollution is essential because the problem is becoming more serious and threatening  water quality, fisheries and various species of plants in the said rivers and lakes.

Read more
1 reaction Share

Umum hasil siasatan punca pencemaran sungai dan tasik di Pahang: SAM

Keadaan Tasik Chini yang telah  tercemar                   Gambar : SAM

Kenyataan Media                                                       17 Mei 2017

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengumumkan hasil siasatan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri Pahang mengenai punca pencemaran Sungai Pahang, Sungai Temerloh, Tasik Chini dan Tasik Mentiga di negeri ini dengan segera.

Pendedahan mengenai masalah ini perlu dilakukan kerana kejadian tersebut semakin serius mengancam kualiti air, sumber perikanan dan berbagai spesies tumbuhan di dalam sungai dan tasik berkenaan.

SAM kesal walau pun ancaman pencemaran sudah lama berlaku dan mencapai tahap yang membimbangkan namun sehingga kini tidak ada laporan lengkap yang didedahkan kepada umum punca sebenar pencemaran sungai-sungai dan tasik-tasik ini. Paling mengecewakan ialah tidak ada tindakan berkesan yang diambil oleh pihak berkuasa terbabit bagi menangani masalah pencemaran.

Read more
1 reaction Share

Consider habitats of marine animals in reclamation projects

Letters to Editor                                                        25 April 2017
 

Sahabat Alam Malaysia (SAM) is heartened to hear from  the D’Residence Residents Committee  about the presence of otters at their gated community. 

Being a cute and intelligent animal they are a sight to behold and people are fascinated by their antics.  Otters making their presence felt is not new.  Sea otters reside near the shore, inhabiting shallow coastal waters and occasionally venturing onshore. 

Sightings of otters have been commonly reported by the media in Penang.  Significantly the report of a family of 10 smooth-coated otters taking residence in a highly polluted river – the Sungai Pinang – means that the fishes have come back due to a new lease of life for the ‘resurrected’ river and along with it comes a  family of otters. (The Star 21st June 2015 – Otter family breathes hope for river that’s brought to life).

Read more
Add your reaction Share

Masalah pencemaran Sungai Pahang, Tasik Chini dan Tasik Mentiga SAM gesa aktiviti pembalakan dan perlombongan di Pahang dihentikan

Aktiviti pembalakan menjejaskan kawasan tadahan air dan kehidupan penduduk

Kenyataan Media                                                      20hb April 2017

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pahang menghentikan aktiviti pembalakan dan perlombongan di negeri ini bagi mengawal masalah pencemaran Sungai Pahang, Tasik Chini dan Tasik Mentiga di daerah Pekan yang semakin teruk terancam sekarang. Masalah yang berlarutan sejak lebih 20 tahun yang lalu itu bukan sahaja melibatkan kawasan tadahan air dan sumber bekalan tersebut untuk lebih 10,000 peneroka Felda Chini dan penduduk sekitarnya, tetapi juga kehidupan 900 Orang Asli di daerah berkenaan yang terjejas mata pencarian mereka.

Read more
1 reaction Share

SAM kesal sungai di Sungai Petani semakin teruk tercemar

Keadaan pencemaran sungai yang  berlaku di Sungai Petani, Kedah

Kenyataan Media                                        18hb April 2017

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran sungai di Sungai Petani yang semakin teruk ketika ini.

Pencemaran yang berlarutan sejak lebih 10 tahun yang lalu itu bukan saja menyebabkan sungai tersebut dipenuhi sampah sarap dan berbagai bahan buangan tetapi juga airnya menjadi hitam pekat serta berbau busuk.

Dalam tinjauan yang dibuat SAM mendapati segala hidupan yang terdapat di dalam sungai berkenaan telah pupus dan pokok-pokok bakau yang terdapat di sepanjang sungai ini juga turut terjejas pertumbuhannya kemungkinan berpunca dari pencemaran tersebut.

Read more
1 reaction Share

SAM sokong taman negeri Pulau Sembilan di Perak ditutup

Kenyataan Media                                         5 April 2017

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyokong tindakan penutupan Taman Negeri Pulau Sembilan di daerah Bagan Datuk Perak oleh kerajaan negeri ini kepada semua aktiviti pelancongan berikutan keindahan alam semulajadinya yang kini terancam akibat aktiviti komersial.

Mengulas titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengenai perkara itu di akhbar tempatan hari ini ( Utusan Malaysia : 5 April 2017 ), SAM berpendapat tindakan sedemikian adalah wajar demi melindungi ekosistem dan biodiversiti di kawasan berkenaan dari mengalami kemusnahan.

Menurut baginda, perbuatan para pengusaha yang tidak menghormati peraturan dan kawalan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa menyebabkan berlakunya masalah ini. Sultan Nazrin juga menekankan mengenai perancangan pembangunan yang seimbang dengan hubungan manusia dan alam sekitar

Read more
2 reactions Share

Waste pollution in Kuala Sungai Pinang increasingly widespread

The Pollution Condition Swimming Prawn Farm in Balik Pulau, Penang              Picture: SAM

Media Statement                                        22nd March 2017

Sahabat Alam Malaysia (SAM) urges the Penang state government and relevant authorities to pay serious attention and take effective measures to overcome the pollution from domestic sewage and waste from shrimp farms that are increasingly spreading in Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau.

The pollution problem that has persisted for more than ten years involves the drainage system, the coastal area and the surrounding sea, affecting the lives and livelihood of 5,000 persons and fishers that have to bear with stench and dwindling catch.

Read more
1 reaction Share

Join Donate