Banjir kilat di Marudi

Banjir Linei 1Banjir kilat di Sg Linei, Sarawak               Gambar: SAM

Berikutan daripada hujan lebat yang berlaku pada sebelah malam pada 19 Januri 2017, sebahagian jalan masuk ke beberapa buah kampung kawasan Marudi dan Linei telah ditenggelami air. Beberapa buah jambatan menuju ke Kampung Sg Linei juga rosak teruk akibat aliran air deras. Laluan jalan kenderaan menghala ke Kampung Sungai Linei dikatakan yang paling teruk akibat banjir ini.

Jambatan Buang, Sarawak            Gambar: SAM

Jambatan Buang

Menurut laporan seorang ahli Persatuan Penduduk Kampung Sungai Linei, terdapat sebatang kayu melintang di tengah jalan menyebabkan penduduk terperangkap di kampung oleh kerana ketiadaan akses jalan yang lain untuk turun ke pekan Marudi. Keadaan jalan juga amat merbahaya kepada pengguna kerana licin akibat lumpuran tanah di muka jalan.  

Jambatan ulu lineiJambatan Ulu Linei di Sarawak                 Gambar: SAM

Antara kampung-kampung  yang terjejas teruk akibat banjir kilat ini adalah Rumah Gau di kawasan  Sungai Stapang, Rumah Lansam, Sungai Dabai dan Rumah Adam, Sungai Nawang, Gudang.  Penduduk di Lubok Nibong juga terputus hubungan berikutan daripada Jambatan Sungai Dabai ditenggelami air deras dan mengakibatkan ramai penduduk yang bekerja di pekan Marudi tidak dapat turun bekerja.

Menurut laporan daripada penduduk yang terjejas, ini adalah sesuatu fenomena yang amat buruk berbanding sebelum ini. Sahabat Alam Malaysia (SAM) percaya bahawa ini adalah berkemungkinan akibat  kehakisan tanah daripada aktiviti pembalakan dan perladangan yang berluasa semenjak berpuluhan tahun yang lalu di kawasan terbabit. 

Kerajaan negeri Sarawak perlu mengambil kira kesan-kesan akibat daripada pertukaran hutan untuk pembalakan dan perladangan skala besar. Jika tidak, dengan keadaan cuaca yang tidak boleh dijangka sekarang, banjir-banjir kilat begini akan terus menjejaskan nyawa dan punga pendapatan. 

Join Donate