Hari antarabangsa perjuangan menentang penanaman pokok monokultur

KENYATAAN AKHBAR                                                                                                21 SEPTEMBER 2015

"Ladang Bukan Hutan"

Pertubuhan sosial dari beberapa negara di Latin Amerika dan Asiamenandatangani Deklarasiii bersama pada 21 September sempena Hari Antarabangsa Perjuangan menentang Penanaman Pokok Monokultur.

“Sejak 2006, setiap 21 September kami memperingati Hari Antarabangsa Perjuangan menentang Penanaman Pokok Monokultur, sebagai satu cara bagi memecahkan kesenyapan terhadap pencabulan yang dihadapi oleh komuniti di mana wilayahnya dicerobohi dan dikelilingi oleh industri perladangan pokok – termasuklah eucalyptus, pain, akasia, getah dan kelapa sawit. Perladangan pokok monokultur atau tunggal berskala besar memerlukan penggunaan air, racun pertanian dan baja kimia yang signifikan serta meliputi kawasan yang luas di mana ramai orang hidup atau bergantung kepadanya,” kata Winfridus Overbeek, Koordinator World Rainforest Movement, salah sebuah pertubuhan yang menandatangani deklarasi tersebut. 

Tahun ini tumpuannya adalah kepada kesan ladang kelapa sawit memandangkan “ia merupakan yang paling cepat berkembang dalam beberapa dekad lalu”. Menurut pertubuhan-pertubuhan yang menandatangani deklarasi itu, “beberapa siri perjanjian perdagangan bebas telah menghapuskan perlindungan domestik di banyak negara” dan “peningkatan permintaan bahanapi pertanian di Eropah”, “ perkembangan bukan sahaja di Indonesia dan Malaysia tetapi juga di negara-negara di Afrika dan Latin Amerika, yang berdekatan dengan garisan khatulistiwa yang keadaan iklimnya sesuai untuk menanam kelapa sawit”. 

Tambahan pula, “usaha semasa untuk “menghijaukan” sektor industri kelapa sawit dan juga ladang berskala besar lain dengan komitmen ‘penebangan hutan sifar’ memburukkan lagi keadaan. Bagaimanapun “kepentingan korporat dalam melindungi hutan bukan atas alasan menjaga kebajikan penduduk tempatan atau pemuliharaan habitat dan spesies” tetapi kerana kepentingan dalam “hutan sebagai stor karbon dan biodiversiti, berpotensi sebagai sumber kredit bagi karbon dan biodiversiti yang boleh dijual kepada negara dan syarikat yang mencemar alam sekitar,” jelas pertubuhan itu lagi. 

Sebaliknya, dalam Deklarasi itu pertubuhan-pertubuhan mengecam yang “penekanan dalam penebangan hutan cenderung diberikan kurang perhatian kepada seluruh kesan yang disebabkan oleh industri ladang kelapa sawit di banyak negara seperti kemusnahan kehidupan dan pengusiran penduduk tempatan, kemusnahan akibat pembalakan dan pencabulan hak asasi manusia, keistimewaan akses tanah bagi syarikat korporat dan bukannya komuniti, keadaan kerja yang menyedihkan dan peningkatan menjenayahkan pergerakan sosial dan pembangkang tempatan”. 

Menurut pertubuhan ini lagi, “skim pensijilan seperti RSPO dan dan skim baharu yang berkaitan cuba untuk ‘menambahbaik ladang’ dengan mengekalkan logik pengembangan tidak terbatas”. Mereka juga menyatakan bahawa “tiada cara untuk menjadikan industri tanaman pokok monokultur  berskala besar boleh diterima, sama ada bagi komuniti tempatan mahupun bagi dunia yang kini berdepan krisis teruk dengan bermacam-macam simptom, termasuklah perubahan iklim, ekonomi dan kemerosotan alam sekitar dan peningkatan ketenteraan serta pencabulan hak asasi manusia”. 

Pertubuhan yang menandatangani deklarasi itu juga “mengutuk model berorientasikan eksport dan pertumbuhan berskala besar yang mendorong pengembangan ladang kelapa sawit di peringkat global”. Dengan rancangan untuk meningkatkannya dengan lebih banyak, ia akan terus menyumbang kepada kemusnahan iklim dan bukannya memberikan sebarang penyelesaian sebenar kepada perubahan iklim. Dan mereka yang paling terjejas oleh dasar seperti ini adalah penduduk dan komuniti asli di kawasan hutan yang akan melihat ladang kelapa sawit terus berkembang, dan akses mereka terhadap tanah dan hutan semakin terbatas”. 

“Di negara di mana industri ladang kelapa sawit merangkumi kawasan tanah yang luas, kerajaan seharusnya memberikan keutamaan sepenuhnya terhadap permintaan komuniti, menyokong kawalan mereka terhadap tanah dan hutan yang mereka bergantung daripada melaksanakan dasar yang memudahkan penyerahan wilayah mereka kepada syarikat transnasional,” tuntut pertubuhan itu lagi. 

Deklarasi itu berakhir dengan menggesa kerajaan “supaya melabur dalam mempelbagaikan pengeluaran makanan tempatan dan kedaulatan/jaminan makanan, sebagai satu cara yang terbaik untuk menyokong komuniti dan juga ekonomi negara dan tempatan serta untuk mempromosikan keadilan sosial dan alam sekitar”.

 

S. M. Mohamed Idris

Presiden

Persatuan Pengguna Pulau Pinang & Sahabat Alam Malaysia

 

[i] Acción Ecológica, Ecuador; Brainforest, Gabon; CALG - Coalition against Land Grabbing, Philippines; Censat Agua Viva, Colombia; Centre pour l'Environnement et le Développement - CED, Cameroon; COECOCEIBA - Amigos de la Tierra Costa Rica; Colectivo de Reservas Campesinas y Comunitarias de Santander, Colombia; Consumers' Association of Penang, Malaysia; ERA/FoE Nigeria; FASE/ES, Brasil; Friends of the Earth International; Fundaexpresión, Colombia; GRAIN; JA! / FOE Moçambique; Observatorio Latinoamericano de Conflictos Ambientales - OLCA; Organización Ambiental Chinampa, Colombia; Organización Fraternal Negra Hondureña - OFRANEH, Honduras ; Otros Mundos, México; People Common Struggle Centre – PCSC, Pakistan; Red latinoamericana contra los monocultivos de árboles - RECOMA; Sahabat Alam Malaysia / FOE Malaysia; SAVIA, Guatemala; Sawit Watch, Indonesia; School of Democratic Economics - SDE, Indonesia; Third World Network, Malaysia; World Rainforest Movement – WRM

[ii] Teks deklarasi penuh boleh diperolehi di: http://wrm.org.uy/actions-and-campaigns/international-declaration-21-september-2015/

Join Donate