Hari Kesedaran Antarabangsa: Hentikan Pengangkutan Haiwan Hidup

Pengangkutan ternakan           Gambar : SAM

Kenyataan Akhbar                                  13 September 2017

Ramai orang yang berminat dalam kebajikan haiwan bersetuju bahawa pengangkutan ternakan hidup ke destinasi penyembelihan di seluruh negara, melalui lautan atau benua adalah satu amalan yang seharusnya tidak diteruskan.

Walaupun status pengangkutan haiwan dalam setiap wilayah mewakili sesuatu konteks yang berbeza, masalah asasnya ialah kesesakan, pengendalian yang kasar dan kesan buruk daripada perjalanan yang panjang tanpa rehat adalah sama di seluruh dunia. Pengangkutan ternakan pada jarak yang jauh itu sendiri tidak cekap dari sudut ekonomi, tetapi wujud sebahagian besarnya disebabkan oleh ketidakcekapan pelaburan dalam membangunkan alternatif.

Donald Broom dari Pusat Maklumat Kebajikan Haiwan Universiti Cambridge menjelaskan bahawa pengangkutan jauh berbeza-beza mengikut spesies. Perjalanan bagi ayam itik mestilah lebih pendek disebabkan ayam itik dimasukkan ke dalam sangkar tidak boleh diberi makan dan minum dengan berkesan ketika dalam perjalanan. Bagi haiwan berkaki empat yang berdiri di atas kenderaan di jalan raya tertakluk kepada pergerakan, ia meletakkan kakinya di luar kawasan biasa di bawah tubuh dalam usaha untuk membantu mengimbanginya. Ia juga perlu mengambil langkah di luar kawasan biasa jika tertakluk kepada kelajuan dalam arah tertentu. Oleh itu, lebih banyak ruang diperlukan berbanding jika berdiri tetap. Tetapi ternakan jarang dibenarkan mempunyai ruang dalam pengangkutan. Sebaliknya, pengusaha pengangkutan cuba untuk memasukkan seberapa banyak haiwan ke dalam kenderaan selagi boleh ditolak ke dalam. Haiwan ini dibiarkan berdiri dengan tekanan daripada tubuh haiwan lain yang berada di sekelilingnya.

Di Malaysia, pengangkutan ternakan melalui jalan raya merupakan amalan biasa dengan ternakan terdedah kepada haba dan matahari serta masa yang panjang dihabiskan tanpa makanan, minuman dan peredaran udara yang tidak mencukupi. Perjalanan mungkin menjadi lebih lama jika lori berhenti di banyak pasar sepanjang jalan atau mengalami kerosakan atau berhenti di sempadan untuk mendapatkan permit dan pemeriksaan.

Sangkar plastik untuk mengurung ayam itik ini mengandungi kira-kira 10 – 12 ekor ayam. Berukuran 915 mm panjang dan 510 mm lebar dan 305 mm tinggi, ini dianggap oleh pengeksport ternakan ladang sebagai sesuai untuk memudahkan menaikkan dan menurunkan bagi kecekapan kerja. Ia disusun tinggi hingga ke atas bagi setiap sangkar dalam lori atau trak pengangkutan. Banyak daripada ayam itik ini dilihat termengah-mengah akibat tekanan haba dan banyak daripadanya yang tiba di pasar dengan bulu yang basah apabila ia disiram air untuk mencegah kematian ketika dalam perjalanan yang panjang. Sebaik tiba, ia dikurung dalam sangkarnya sehingga hari yang berikutnya untuk disembelih.

Layanan haiwan di pasar ternakan mendedahkan bahawa haiwan kerap didera melalui kecuaian di pihak pekerja pengangkutan. Dalam satu insiden di Pasar Jalan Kuantan, Pegawai Sahabat Alam Malaysia Pulau Pinang (FOEM/Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyaksikan adegan di mana pekerja dilihat menarik sangkar ayam keluar daripada lori. Beliau menarik pada bahagian hujung lori dan membiarkan sangkar jatuh daripada ketinggian lantai lori ke atas lantai (ketinggian kira-kira tiga kaki) menyebabkan hentakan dan goncangan yang dahsyat.

Haiwan ternakan juga turut mengalami kemalangan di jalan raya di mana beribu sangkar yang dipenuhi dengan ayam yang bertaburan di atas jalan. Walaupun kadar kematian “relatifnya” rendah, haiwan mengalami situasi yang berisiko tinggi yang menyebabkan kesakitan dan tekanan. Menurut The Journal of Applied Animal Welfare Science, kemalangan mendedahkan risiko yang besar kepada kebajikan haiwan. “Haiwan tidak berkembang untuk diprogramkan bagi mengatasi kemalangan jalan raya, bermakna ia akan menggalami tekanan, kebimbangan, ketakutan, kesakitan dan ketidaktentuan, yang boleh membahayakan haiwan dan orang lain,” jelas Miranda de la Lama, Penyelidik di Jabatan Pengeluaran Haiwan dan Sains Makanan di Universiti Zaragoza (UNIZAR).

Ternakan dalam sangkar Gambar : SAM

Lembu dan Babi merupakan antara haiwan yang paling banyak diangkut memandangkan permintaan penggunaan yang banyak untuk produk lembu dan babi di seluruh negara, ini bermakna ia banyak terdedah kepada kemalangan di jalan raya.

Eksport haiwan hidup merupakan kisah pencatutan korporat, politik, maklumat yang memperdayakan dan kekejaman. Ia juga merupakan kisah pemisahan dalam kalangan masyarakat di mana penentang perdagangan pantang berundur dalam perjuangan mereka untuk mengakhiri kekejaman yang berpanjangan ke atas haiwan terpilih untuk dieksport. Pada umumnya kepentingan kerajaan dalam ekonomi jauh mengatasi sebarang belas kasihan terhadap entiti yang dieksploitasi. Pada hakikatnya terdapat sisi gelap perdagangan ini dan tiada cara eksport haiwan hidup boleh menjadi beretika. Tidak ada kekaburan yang wujud. Seseorang boleh menjangkakan ternakan mempunyai beberapa tingkat ‘perlindungan’ sepadan dengan nilainya; bagaimanapun, amat menyedihkan ini bukanlah kesnya.

Ringkasnya, eksport haiwan hidup menyebabkan penderitaan yang tidak sewajarnya, dan kesengsaraan yang tidak wajar ini amat buruk sekali dalam apa saja konteks. Yang benar-benar semuanya ada untuk itu.

Sehubungan itu, SAM turut menyertai Compassion in World Farming sebagai sokongan kepada International Awareness Day pada 13 September 2017 untuk menghentikan Pengangkutan Ternakan Haiwan Hidup.

 

S M Mohamed Idris

Presiden


Showing 1 reaction

Join Donate