Masalah pencemaran Sungai Pahang, Tasik Chini dan Tasik Mentiga SAM gesa aktiviti pembalakan dan perlombongan di Pahang dihentikan

Aktiviti pembalakan menjejaskan kawasan tadahan air dan kehidupan penduduk

Kenyataan Media                                                      20hb April 2017

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pahang menghentikan aktiviti pembalakan dan perlombongan di negeri ini bagi mengawal masalah pencemaran Sungai Pahang, Tasik Chini dan Tasik Mentiga di daerah Pekan yang semakin teruk terancam sekarang. Masalah yang berlarutan sejak lebih 20 tahun yang lalu itu bukan sahaja melibatkan kawasan tadahan air dan sumber bekalan tersebut untuk lebih 10,000 peneroka Felda Chini dan penduduk sekitarnya, tetapi juga kehidupan 900 Orang Asli di daerah berkenaan yang terjejas mata pencarian mereka.

Read more
1 reaction Share

SAM kesal sungai di Sungai Petani semakin teruk tercemar

Keadaan pencemaran sungai yang  berlaku di Sungai Petani, Kedah

Kenyataan Media                                        18hb April 2017

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran sungai di Sungai Petani yang semakin teruk ketika ini.

Pencemaran yang berlarutan sejak lebih 10 tahun yang lalu itu bukan saja menyebabkan sungai tersebut dipenuhi sampah sarap dan berbagai bahan buangan tetapi juga airnya menjadi hitam pekat serta berbau busuk.

Dalam tinjauan yang dibuat SAM mendapati segala hidupan yang terdapat di dalam sungai berkenaan telah pupus dan pokok-pokok bakau yang terdapat di sepanjang sungai ini juga turut terjejas pertumbuhannya kemungkinan berpunca dari pencemaran tersebut.

Read more
1 reaction Share

SAM sokong taman negeri Pulau Sembilan di Perak ditutup

Kenyataan Media                                         5 April 2017

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyokong tindakan penutupan Taman Negeri Pulau Sembilan di daerah Bagan Datuk Perak oleh kerajaan negeri ini kepada semua aktiviti pelancongan berikutan keindahan alam semulajadinya yang kini terancam akibat aktiviti komersial.

Mengulas titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengenai perkara itu di akhbar tempatan hari ini ( Utusan Malaysia : 5 April 2017 ), SAM berpendapat tindakan sedemikian adalah wajar demi melindungi ekosistem dan biodiversiti di kawasan berkenaan dari mengalami kemusnahan.

Menurut baginda, perbuatan para pengusaha yang tidak menghormati peraturan dan kawalan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa menyebabkan berlakunya masalah ini. Sultan Nazrin juga menekankan mengenai perancangan pembangunan yang seimbang dengan hubungan manusia dan alam sekitar

Read more
2 reactions Share

Waste pollution in Kuala Sungai Pinang increasingly widespread

The Pollution Condition Swimming Prawn Farm in Balik Pulau, Penang              Picture: SAM

Media Statement                                        22nd March 2017

Sahabat Alam Malaysia (SAM) urges the Penang state government and relevant authorities to pay serious attention and take effective measures to overcome the pollution from domestic sewage and waste from shrimp farms that are increasingly spreading in Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau.

The pollution problem that has persisted for more than ten years involves the drainage system, the coastal area and the surrounding sea, affecting the lives and livelihood of 5,000 persons and fishers that have to bear with stench and dwindling catch.

Read more
1 reaction Share

Pencemaran sisa buangan di Kuala Sungai Pinang kian merebak

Beginilah Keadaan Pencemaran Sisa  Kolam Ternakan Udang di Balik Pulau, Pulau Pinang                   Gambar : SAM

Kenyataan Akhbar                                                        22 Mac 2017

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pulau Pinang dan pihak berkuasa berkenaan agar memberi perhatian serius dan mengambil tindakan berkesan bagi mengatasi pencemaran sisa kumbahan domestik dan sisa buangan dari kolam ternakan udang yang kian merebak di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau ketika ini. 

Masalah yang berlarutan sejak lebih 10 tahun yang lalu itu melibatkan sistem perparitan, pantai dan laut di kawasan berkenaan menyebabkan 5,000 penduduk dan nelayan di sini terjejas kehidupan harian mereka akibat bau busuk dan kekurangan hasil tangkapan.

Read more
1 reaction Share

Definisi FAO Mesti Iktiraf Bahawa Ladang Bukan Hutan

Siaran Akhbar                                               21 Mac 2017 

Pada Hari Perhutanan Sedunia 21 Mac ini, 200 pertubuhan mengingatkan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (Food and Agriculture Organisation - FAO) bahawa definisi hutannya sejak 1948 mengelirukan dan mestilah ditukar. Definisinya membolehkan industri perladangan menyembunyikan kesan buruk ekologi dan sosial daripada perladangan pokok monokultur berskala besar di sebalik imej hutan yang positif.  

Definisi hutan FAO membolehkan industri perladangan memanggil ladang monokultur yang menggunakan spesies cepat membesar seperti eucalyptus, pain, getah atau akasia sebagai “hutan” kerana definisi hutannya hanya dengan bilangan, ketinggian dan sudur yang melindungi pokok di sesuatu kawasan. Definisi hutan FAO digunakan sebagai rangka tindakan bagi lebih 200 definisi hutan di peringkat antarabangsa dan kebangsaan sejak 1948.

Read more
1 reaction Share

FAO definition must recognize that plantations are not forests!

Press Release                                            21 March 2017

On 21 March, the International Day of Forests, 200 organisations are reminding the UN Food and Agriculture Organisation (FAO) that its misleading forest definition dating back to 1948 must be changed. The definition has allowed the plantations industry to hide the devastating ecological and social impacts of large-scale monoculture tree plantations behind a positive forest image.

FAO’s forest definition has allowed the plantations industry to call their monoculture plantations of fast-growing species such as eucalyptus, pine, rubber or acacia “forests” because it defines a forest only by the number, height and canopy cover of trees on an area. The FAO forest definition has been used as blueprint for over 200 national and international forest definitions since 1948.

Read more
1 reaction Share

Treat alien fish species with the same concerns as oil spills

Read more
1 reaction Share

Anggap Spesies Ikan Asing Sama Seperti Tumpahan Minyak

Surat Kepada Pengarang                            17 Mac 2017

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut dengan laporan berita akhbar berbahasa Malaysia, mengenai kerosakan kepada alam sekitar dengan pencerobohan spesies ikan asing, dalam kes ini ikan keli Afrika (Clarias gariepinus) ke dalam sungai dan ekosistem kita.

Spesies asing yang memasuki biologi di mana mereka tidak pernah wujud sebelum ini boleh menjadi sukar untuk mengawal dan meramalkannya, yang boleh menyebabkan kesan bencana ekonomi, tetapi pihak berkuasa tidak melihat seperti itu. Salah satu bahaya besar ialah sesetengah spesies asing ini boleh menghasilkan sinergi dengan makhluk asing lain, dengan kesan bencana. Semakin banyak penceroboh berkumpul dalam ekosistem, ia boleh dijangkakan bahawa ia akan lebih merosakkan.

Read more
1 reaction Share

Project without EIA approval threatens coastal mangroves and livelihood of fisher Communities: SAM urges reclamation project in Kuala Kedah is stopped immediately

A fisherman shows reclamation area                                  Picture : SAM 

Media Statement                                         15th March 2017

Sahabat Alam Malaysia (SAM) urges the Department of Environment to take urgent action to stop the reclamation project at Kampung Tepi Laut near Kuala Kedah because it has contravened environmental regulations and has destroyed mangroves and threatens source of income of coastal fisher community here.

SAM is upset with the Kedah government and the local authority for allowing the activities to be carried out since a few months ago although the Environmental Impact Assessment (EIA) of the project has yet to be approved. The EIA report is being exhibited for public review from March 5 to March 25, 2017.

Read more
Add your reaction Share

Join Donate