Pencerobohan Tanah Adat Orang Asli di Semenanjung Malaysia: Punca & Penyelesaian

Lapuran Pencerobohan Tanah adat orang Asli

Penerbitan laporan ini adalah hasil sebuah projek kerjasama kami dengan Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) yang berlangsung dari Julai 2015 ke Jun 2016. Pada dasarnya, penerbitan ini menekankan bahawa pencerobohan tanah adat Orang Asli adalah berpunca dari permasalahan sistemik kepemerintahan dan perundangan, dan bukannya kejadian-kejadian terasing akibat dari perlanggaran perundangan tergubal atau arahan eksekutif. Penerbitan ini mengandungi 12 buah laporan terperinci yang melibatkan 13 buah wilayah tanah adat Orang Asli di Kelantan, Pahang dan Perak. Penerbitan ini turut memberikan analisis tentang keberkesanan kerangka perundangan dan kepemerintahan di Semenanjung Malaysia dalam memberikan perlindungan yang kukuh terhadap tanah adat Orang Asli. Muat turun lapuran di sini.

Join Donate