Penderitaan Tersembunyi Ternakan Ayam Itik

Kenyataan Akhbar                                  29 September 2017 

Rakyat Malaysia memakan daging dan telur ayam pada setiap hari tanpa memikirkan keadaan yang dahsyat dalam sistem ternakan moden yang dikenali sebagai ‘ternakan kilang’.

Malaysia mampu diri sebahagian besarnya dalam pengeluaran daging ayam itik dengan lebih 81% daripada permintaan tempatan untuk daging dan lebih daripada 111% permintaan negara untuk telur dipenuhi oleh industri ternakan ayam itik tempatan.

Bagaimanapun, hanya segelintir pengguna menyedari cara di mana kebanyakan telur dihasilkan oleh ayam yang bersesak dalam sangkar kecil, kadangkala dalam keadaan bersusun dengan cahaya yang malap, tanpa akses kepada cahaya matahari atau persekitaran semula jadi, dan ini menafikan kemampuan untuk bergerak serta naluri asas semula jadi. Pengurungan ini menafikan atau mengehadkan kebebasan haiwan ini untuk melakukan tingkah lakunya.

Penafian keperluan asas dan tingkah laku seperti berjalan, berpusing, menjelajah, berinteraksi dengan atau mengelakkan yang lain, atau berbaring dalam keadaan aman dan selesa membahayakan kesihatan fizikal dan psikologi haiwan itu. Di bawah pengurungan yang bukan secara semula jadi itu menyebabkan haiwan ini berada dalam keadaan stres mengakibatkan ia mematuk dan menarik bulunya. Memotong paruh dalam pengurusan ternakan ayam itik dilakukan untuk mencegah tindakan yang mengecewakan itu.

Ternakan ini dipelihara sebagai mesin pengeluaran telur, bertujuan untuk memperolehi pengeluaran optimum daripada setiap ekor ayam tanpa mengambilkira kebajikan haiwan itu. Dan apa yang berlaku kepada ayam yang tidak lagi boleh menghasilkan telur selepas kira-kira dua tahun dalam sangkar itu? Ia kemudiannya dihantar ke rumah sembelihan untuk dijadikan sup ayam dan pelbagai produk ayam seperti frankfurter dan bologna serta produk makanan dalam tin seperti sup, sos, stew dan kuah. Pengakhiran tragik bagi ayam yang menghabiskan sepanjang hayat menghasilkan telur untuk makanan orang ramai.

Selain itu ayam juga diternak untuk menghasilkan daging untuk industri daging yang dipanggil ayam pedaging. Tetapi berapa ramai yang mengetahui mengenai kesengsaraan hidup ayam pedaging ini? Biasanya ia dikurung dalam keadaan sesak yang mencapai beribu ekor bersama sisa buangan dalam kawasan yang kecil. Walaupun tidak dikurung dalam sangkar, ia juga mengalami keadaan kurungan yang sesak, kualiti udara yang buruk dan pengendalian yang tertekan.

Dalam keadaan terkurung, ia juga turut diberikan dos antibiotik. Ia berpotensi terdedah kepada pelbagai virus dan bakteria melalui najis dan air kencing dalam persekitaran itu.

Akhirnya apabila cukup besar, ayam ini akan dimasukkan ke dalam sangkar, disusun di atas satu sama lain di atas lori, dan diangkut beratus batu melalui pelbagai keadaan cuaca tanpa makanan atau air ke pasar untuk disembelih.

Pengguna tidak menyedari mengenai amalan kejam yang dilindungi di bawah kerahsiaan yang melindungi industri penderaan haiwan sejak sekian lama. Industri ini beroperasi di luar daripada perhatian orang ramai disebabkan cara mereka melayan haiwan ini tidak dapat dibiarkan oleh mereka yang berkenaan mengenai kebajikan haiwan.

Malaysia mempunyai peluang untuk menerajui dunia apabila melibatkan layanan terhadap haiwan. Malangnya kita masih berada di belakang daripada negara maju lain yang menunjukkan betapa jelasnya bahawa satu perubahan amat diperlukan.       

Kini tiba masanya bagi Kementerian Pertanian meneliti semula Akta Haiwan Ternakan yang melarang menternak ayam dalam kurungan, sangkar atau kurungan intensif bentuk lain yang mencabuli Akta Kebajikan Haiwan 2010, dengan penerimaan amalan terbaik dan penerusan bagi perubahan dalam peraturan dengan kebajikan haiwan menjadi pendorong utama untuk meningkatkan peraturan. Perubahan amat diperlukan, bukan hanya untuk haiwan tetapi petani juga perlu mampu untuk merancang masa depan dengan jelas dan yakin. 

 

S. M. Mohamed Idris


Showing 1 reaction

Join Donate