Penebangan pokok-pokok di beberapa Kawasan di Kuala Kangsar, Perak

Pokok besar yang di tebang di Kuala Kangsar.             Gambar SAM

Kenyataan Akhbar                                  24 Julai 2017

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dukacita apabila mendapati sebilangan pokok telah ditebang di beberapa kawasan di Kuala Kangsar terutama di Dataran Sungai Perak dan Jalan Dato' Sagor.

SAM mendapati pokok-pokok yang telah ditebang adalah pokok yang telah matang manakala usia pokok yang telah ditebang di Jalan Dato' Sagor dianggarkan lebih 30 tahun.

Pokok ini mungkin berusia lebih 100 tahun.            gambar : SAM

SAM mempersoal justifikasi dan keperluan pokok-pokok tersebut ditebang sama ada kawasan yang berkenaan hendak digunakan untuk kepentingan awam yang tidak dapat dielakkan atau keperluan mendesak sehingga terpaksa dimusnahkan.

Tidak ada alternatif lainkah selain daripada menebang pokok atau sekiranya perlu juga kawasan tersebut untuk kepentingan awam tidak bolehkah pihak Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) memindahkan pokok-pokok yang terlibat untuk ditanam di tempat lain.

Antara spesies pokok yang dikenal-pasti telah ditebang ialah pokok Ara (Ficus spp.), Hujan-hujan (Samanea saman) dan Khaya (Khaya senegalensis).

Oleh itu SAM menggesa MPKK memberi penjelasan berhubung penebangan sebilangan pokok di Kuala Kangsar.

 

S.M. MOHAMED IDRIS

Presiden 


Showing 1 reaction

Join Donate