Penerbitan baru SAM mengenai masyarakat Penan: Kegagalan sistemik untuk melindungi NCR di Sarawak

Penang Book Cover

KENYATAAN AKHBAR                                                                                                29 SEPTEMBER 2015

Pada tahun 2002, Persatuan Penan Sarawak (Sarawak Penan Association - SPA) mengeluarkan Deklarasi Long Sayan 2002, yang telah ditandatangani oleh lebih daripada 40 pemimpin masyarakat Penan. Antara lain, deklarasi tersebut menggesa supaya semua operasi pembalakan di wilayah Penan dihentikan, pewartaan wilayah mereka sebagai Hutan Simpanan Komunal (Communal Forest Reservesdan penyediaan serta kemudahcapaian perkhidmatan kesihatan, pendidikan, perumahan berkualiti, bekalan elektrik dan air bersih, di samping latihan pertanian dan sokongan kepada masyarakat.

Namun hari ini, lebih daripada satu dekad kemudian - masyarakat Penan di Sarawak masih hidup tanpa sekuriti penuh ke atas hak-hak tanah dan dalam keadaan hidup substandard. Lebih buruk lagi, disebabkan oleh pengurangan dalam sumber kayu semulajadi di Sarawak akibat daripada tiga dekad pembalakan yang tidak mapan, perladangan pokok kayu balak dan kelapa sawit telah dengan cepat mengambil tempat industri balak yang merosot. Ladang-ladang, yang memerlukan penebangan habis kawasan  hutan yang pernah dibalak, pasti akan membawa kesan yang lebih buruk kepada masyarakat tempatan, walaupun kesan operasi pembalakan telah selama ini cukup teruk. 

Ini adalah perdebatan penerbitan baru kami, Penan Land Rights in Sarawak: 13 years after the Long Sayan Declaration 2002 (Hak Tanah Penan di Sarawak: 13 tahun selepas Deklarasi Long Sayan 2002). Penerbitan ini mengandungi pelbagai bahan-bahan yang telah dikeluarkan oleh Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan pertubuhan masyarakat Penan di antara tahun 2000 dan 2013, mencatatkan kisah selama lebih satu dekad, perjuangan mereka, ketidakpuasan hati dan tuntutan masyarakat. 

Penerbitan baru ini menarik perhatian kita kepada kegagalan berterusan Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan Malaysia dalam menyelesaikan pelbagai isu-isu hak tanah rakyat dan kebajikan. Ia menunjukkan sifat sistemik penindasan yang dihadapi oleh masyarakat dan akhirnya, kegagalan dalam tadbir urus yang baik. 

Walaupun banyak kenyataan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada tahun lalu mengenai hasrat untuk mengukuhkan penguatkuasaan perhutanan dan perlindungan hutan, realiti bagi masyarakat yang terjejas masih tidak berubah. 

Realiti ini tidak hanya meliputi masyarakat Penan. Pada bulan Julai yang lalu, Ajeng Jok dari kampung Kayan di Long Pilah di Baram, didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan, kerana 'mencuri' harta yang dimiliki oleh sebuah syarikat pembalakan, yang komuniti Long Pilah telah lakukan sekatan jalan (blockade) sejak April. Beberapa laporan polis juga telah dibuat oleh penduduk kampung. Malahan, usaha mereka untuk mengumpul maklumat daripada Jabatan Hutan Sarawak ke atas lesen pembalakan dilaporkan gagal kerana maklumat ini dianggap sensitif. Oleh kerana tiada pilihan lain, pada bulan Jun, komuniti tersebut terpaksa mengambil milik peralatan syarikat, dengan tujuan untuk menyerahkan semuanya kembali kepada syarikat itu apabila ia bersetuju untuk meninggalkan wilayah mereka. 

Oleh itu, adalah tepat pada masanya untuk bertanya, selepas tiga dekad perlafazan banyak janji-janji kepada Orang Asal, dan terutama kepada masyarakat Penan, apa sebenarnya telah Kerajaan Negeri Sarawak lakukan untuk memastikan sekuriti hak-hak tanah adat mereka terjamin dan meningkatkan taraf hidup mereka? Penerbitan baru kami, kes Long Pilah baru-baru ini, blockade dua tahun oleh masyarakat yang akan terjejas dengan pembinaan Empangan Baram semua seolah-olah menunjukkan bahawa tidak banyak yang telah dilakukan. Di samping itu, sebahagian besar daripada komuniti Orang Asal Sarawak masih menghadapi cabaran yang besar untuk mengakses kemudahan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih dan juga penjagaan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan pengangkutan yang berkualiti. 

Selaras dengan nada baru pentadbiran negeri dan pengiktirafan kehakiman bahawa negeri-negeri mempunyai tanggungjawab fidusiari untuk melindungi kepentingan Orang Asal, kami ingin meminta Kerajaan Negeri Sarawak untuk memberi penerangan tentang mengapa ia nampaknya telah gagal berbuat demikian dan bagaimana ia kini bercadang untuk menyediakan perlindungan hak tanah yang lebih kuat untuk komuniti Orang Asal dan meningkatkan kualiti hidup mereka. 

  

S.M. Mohamed Idris

Presiden

Join Donate