Selamatkan pokok kita: Hentikan projek pelebaran Jalan Masjid Negeri, Pulau Pinang

Protest against Tree CuttingStaf CAP menentang pemotongan pokok di Jalan Masjid Negeri untuk pelebaran jalan

Kenyataan akhbar berikut disokong oleh SAM

KENYATAAN AKHBAR                                                                                                  16 FEBRUARI 2016

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membatalkan projek melebarkan 1.8km jalan di Jalan Masjid Negeri agar menyelamatkan pokok-pokok di tepi jalan ini. 

Dalam suatu sidang media, MBPP dilaporkan menyatakan bahawa bilangan pokok yang terlibat di sepanjang laluan ke Jalan Scotland, bermula dari simpang Lorong Batu Lanchang - Jalan Masjid Negeri ke simpang Jalan Air Itam - Jalan Masjid Negeri telah dikurangkan daripada 33 kepada 18, dan bilangan ini akan dikurangkan lagi.   

Apa sahaja angka yang diberikan, akhirnya pokok-pokok di tepi jalan ini akan dikorbankan hanya untuk menggerakkan kereta dengan lebih cepat. Ruang kita, pokok kita dikorbankan untuk Tuhan Kereta. Apakah nasib pokok-pokok yang telah ditanam semula semasa pojek pelebaran jalan pada tahun 2012 yang lepas? 

Kami kecewa bahawa keutamaan diberi kepada pergerakan kenderaan, dan  pokok-pokok pula dikorbankan. Pokok-pokok di tepi jalan memberi banyak faedah kepada kita, antaranya membekalkan oksigen, penyejukan yang amat diperlukan, udara yang lebih bersih, sebagai teduh, halangan bunyi, menyerap air hujan dan kehijauan yang memberikan daya tarikan dan keindahan tersendiri jalan tersebut. 

Perubahan besar sedang berlaku di Pulau Pinang. Pembangunan pesat dan keutamaan yang diberikan kepada kenderaan bermotor kini mengancam daya tarikan semulajadi Pulau Pinang. Dengan lebih kehijauan digantikan dengan hutan konkrit, Pulau Pinang tidak lama lagi akan menjadi habitat yang kurang sesuai didiami. Dengan itu ianya amat perlu bagi kita memelihara keunikan bandar yang dipenuhi pokok-pokok di kiri-kanan jalan. 

Kerajaan Pulau Pinang perlu kekal setia kepada janji mereka. Pulau Pinang yang Hijau perlu benar-benar Hijau. Rakyat Pulau Pinang mesti bangkit dan menuntut kehijauan kita, dari bukit-bukau sehinggalah pokok-pokok di tepi jalan, semua mesti dipulihara.  

Kita tidak harus menjadi pemerhati senyap kepada ancaman terhadap warisan semulajadi kaya yang tidak boleh ditukar ganti. Kemusnahan atas nama pembangunan kini melampaui batas. Kita tidak harus tunduk kepada kebendaan. 

Tolaklah kehidupan berlumba-lumba. Selamatkanlah pokok-pokok kita. 

 

S.M. MOHAMED IDRIS

Presiden

Join Donate