Teknik Menangkap dan Menyelamat Hidupan Liar Diperlukan

Surat kepada Pengarang                                         19 Jun 2017
Beberapa minggu lalu, kami difahamkan berlaku satu kematian tragik terhadap seekor buaya yang panjangnya 6 meter selepas diselamatkan dari empangan di Klang. Untuk mencapai saiz itu tidak bermaksud untuk menjadi mangsa dan terlepas daripada pemangsanya manusia.
 
Manakala ia menjadi satu niat yang baik bagi pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk membebaskan reptilia itu, kematiannya itu membawa persoalan yang amat penting yang tidak berjawab.
 
Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa perhatian serius kepada banyak reptilia yang ditangkap oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam di masa lalu, yang juga mengakibatkan kematian ular sawa gergasi tiga hari selepas ia ditangkap.
Persoalan yang berkaitan ialah adakah pasukan penyelamat kita dilengkapi dengan pengetahuan yang mencukupi untuk menangani hidupan liar yang ditangkap? SAM percaya ia adalah sebaliknya. Daripada gambar yang dilihat SAM bagaimana buaya itu ditangkap, ia seperti menarik sebatang kayu balak yang besar berbanding haiwan bernya. Pakar yang profesional dalam bidang hidupan liar mendakwa menarik buaya dengan cara begitu mungkin menyebabkan lemas kepada reptilia itu jika tekanannya terlalu kuat, dan anggotanya mungkin patah jika tekanan terlalu kuat. Jika terlalu longgar menjadikan haiwan itu berfikir ia mempunyai peluang untuk melepaskan diri menyebabkan ia akan lebih meronta-ronta.
 
Buaya terutama sekali buaya yang besar sering tertekan ketika dan selepas ditangkap dan mudah terbunuh atau cedera jika dikendalikan dengan cara yang tidak sesuai. Tekanan boleh membawa kepada “capture myopathy” kejutan akibat ditangkap, dicuit, dan ditujah.
 
Mengambil, mengendalikan dan mengangkut buaya memerlukan kepakaran khusus di mana latihan diperlukan terhadap haiwan besar yang diselamatkan. Tidak terdapat pemahaman berhubung teknik penangkapan hidupan liar yang sempurna. Mengambil gambar dengan haiwan liar yang ditangkap kelihatan menjadi keutamaan daripada kebajikan haiwan liar yang ditangkap, yang sering memerlukan pertimbangan berbeza daripada yang digunakan untuk haiwan dalam kurungan atau spesies domestik.
 
SAM difahamkan bahawa terdapat Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam untuk mengendalikan reptilia, tetapi adakah terdapat pendekatan yang sama bagi amfibia seperti seekor buaya yang beratnya satu tan? Adakah anggota daripada dua jabatan ini dilengkapi dengan pengetahuan dan pengalaman yang sepatutnya dalam teknik menangkap dan mengendalikan buaya untuk mengurangkan potensi kesan penangkapan serta pengetahuan mendalam spesies yang ditangkap (tingkah laku, tindak balas kepada tekanan, kemampuan untuk mempertahankan diri sendiri)?
 
Kini tiba masanya bagi Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar mengambilkira penangkapan buaya liar, reptilia dan spesies hidupan liar lain seharusnya hanya dikendalikan oleh mereka yang mempunyai kemahiran dan latihan dalam teknik menangkap dan mengendalikan haiwan itu dan bukannya mereka yang tidak mempunyai kepakaran dan kemahiran.
 
SAM berharap laporan necropsy diumumkan kepada orang ramai untuk menilai penyebab kematian sebenar dan jika sesuatu boleh dilakukan untuk mencegahnya.
 
 
S. M. Mohamed Idris
Presiden  
Join Donate