54 organisasi masyarakat dan ngo malaysia bantah uji kaji lapangan organisma diubahsuai genetik

Kenyataan Akbar                               22 Julai 2019

Merujuk kepada hebahan di laman web Kementerian Air, Tanah, Dan Sumber Asli (KATS), Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK), sedang menilai satu permohonan dari pihak Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk melaksanakan uji kaji lapangan terkawal padi yang telah diubahsuai genetiknya (Padi GM) supaya tahan terhadap racun glyphosate, serta penyakit padi yang disebabkan oleh bakteria dan kulat. Uji kaji ini dilaporkan akan dilaksanakan di Stesen MARDI Arau, terletak di kawasan Tambun Tulang, Perlis.

Padi GM yang akan diuji ini berasal dari varieti terkenal Malaysia iaitu MR219 dengan ciri tambahan toleran terhadap racun glyphosate dan rentan terhadap bakteria Xanthomonas Oryzae pv Oryzae dan kulat Pyricularia spp. Padi GM ini bukan dihasilkan dengan kaedah kacukan biasa tetapi ia dihasilkan di dalam makmal menggunakan teknologi pengubahsuaian genetik dengan mencampurkan bahan DNA dari tiga hidupan berbeza iaitu padi MR219, bakteria Agrobacterium tumefaciens dan padi Japonica. Permohonan untuk menaman padi GM di lapangan ini telah menimbulkan kebimbangan serius terhadap kesannya kepada manusia dan alam sekitar.

Kenyataan penuh di sini  

Join Donate