SAM bimbang nasib nelayan Sungai Kim Kim

Kenyataan AKbar                                     21 Mac 2019

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merasa bimbang terhadap masa depan 250 nelayan yang bergantung hidup kepada hasil tangkapan di Sungai Kim Kim yang teruk dicemari bahan kimia baru-baru ini.

SAM menggesa kerajaan Johor, jabatan serta agensi berkaitan mengambil tindakan segera bagi memulihkan kesan pencemaran tersebut agar hidupan di dalam sungai berkenaan kembali membiak demi kelangsungan hidup nelayan terbabit.

Mengulas laporan akhbar tempatan (Mingguan Malaysia: 17 Mac 2019) mengenai perkara iniSAM berharap pembelaan sewajarnya diberikan kepada mereka kerana ia menjadi sumber pendapatan utama bagi menyara kehidupan keluarga.

Read more
Add your reaction Share

200 inshore fishermen in Teluk Bahang threatened by mud waste pollution

Press Statement                                     19 March 2019

Sahabat Alam Malaysia (SAM) urges the Penang government, Department of Environment (DOE) and the Marine Department to conduct investigation and take immediate action to overcome the mud waste pollution at the waters off Teluk Bahang.

The problem which has been going on for the past one year has escalated recently and threatens the livelihood of more than 200 inshore fishermen in the surrounding area.

In a survey conducted by SAM, the affected fishermen informed us that the cause of the pollution is believed to be from vessels/barges containing mud waste or sludge, disposing the waste on their way from the reclamation site at Gurney Drive to Pulau Kendi.

Read more
Add your reaction Share

200 nelayan pantai Teluk Bahang diancam pencemaran sisa lumpur

Kenyataan Akhbar                                   19 Mac 2019 

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pulau Pinang,Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Laut menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi  pencemaran sisa lumpur di perairan Teluk Bahang ketika ini.

Masalah yang berlarutan sejak lebih setahun yang lalu itu kini semakin kerap berlaku serta mengancam kehidupan lebih 200 nelayan pantai di kawasan berkenaan.

Dalam tinjauan yang dibuat nelayan-nelayan yang terlibat memberitahu SAM bahawa ia di percayai berpunca dari tindakan kapal pengangkut sisa lumpur dari tapak projek penambakan laut di Persiaran Gurney membuang bahan itu ketika dalam perjalanan ke Pulau Kendi.

Read more
Add your reaction Share

SAM Gesa Tindakan Segera Terhadap Syarikat Bertanggungjawab Terhadap Pencemaran Toksik di Sungai Kim Kim, Johor

Kenyataan Akhbar                                 13 Mac 2019 

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kerajaan Negeri Johor mengambil tindakan tegas terhadap pelaku yang membuang bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang berlaku sejak 7 Mac, yang telah menjejaskan kesihatan hampir 500 orang terutamanya pelajar sekolah sepanjang sungai itu.

Lebih seminggu telah berlalu sejak tragedi pembuangan haram sisa bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim.  SAM berpandangan tindakan segera diperlukan untuk mengesan dan mendakwa pelaku terhadap apa yang dianggap sebagai jenayah alam sekitar yang serius.

Read more
Add your reaction Share

SAM calls for urgent action against companies responsible for toxic pollution at Sungai Kim Kim, Johore

Press Statement                                     13 March 2019

Sahabat Alam Malaysia (SAM) calls on the Department of Environment (DOE) and the Johore State Government to take stern action against the culprits who dumped chemicals into Sungai Kim Kim near Pasir Gudang, which has been going on since March 7, which has affected the health of almost 500 people, mainly children from schools along the river.

More than a week has gone by since the tragedy of the illegal dumping of chemical wastes into the Sungai Kim Kim. SAM is of the view that urgent and immediate action is needed to expedite prosecution of the perpetrators of what are serious environmental crimes.

Read more
Add your reaction Share

Selangor Perlu Tingkatkan Komitmen dan Iltizam Lindungi Kawasan Berhutan

Contoh kawasan HS Rantau Panjang yang terbiar menjadi hutan miskin terosot  Gambar : SAM

Kenyataan Akbar                                   11 Mac 2019

Walaupun tampuk pentadbiran negara telah berubah dan lebih dikenali sebagai ‘Malaysia Baharu’ tetapi tadbir urus terhadap sumber hutan khususnya Hutan Simpanan Kekal (HSK) masih mengecewa dan membimbangkan.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengharapkan apabila perubahan yang menyeluruh pada sistem, corak dan dasar pentadbiran ‘Malaysia Baharu’, tadbir urus sumber hutan khususnya HSK turut berubah tetapi jangkaan tersebut adalah meleset.

Paling membimbangkan SAM terhadap tadbir urus kawasan berhutan di negeri Selangor ialah:-

  • pemansuhan sebahagian kawasan HSK; 
  • kawasan HSK yang didapati terbiar menjadi hutan miskin / hutan terosot; dan
  • pemusnahan kawasan habitat kelip-kelip yang berstatus Tanah Kerajaan.
Read more
Add your reaction Share

SAM concerned of the pollution incident at Sungai Kim Kim

Press Statement                                     8  March 2019 

Sahabat Alam Malaysia (SAM) urges the Johor government and the Department of Environment (JAS) to take stern action against the culprits who dumped chemicals into Sungai Kim Kim near Pasir Gudang which had affected the health of students and school canteen workers in the surrounding yesterday.  

In the incident, 35 victims were reported to have experienced breathing difficulties, vomiting and with some fainting upon inhaling what is believed to be methane gas.

SAM is of the opinion that a heavy punishment should be meted on the perpetrators in relation to their offence as they have severely impacted public health and the environment.

Under Section 34B of the Environmental Quality Act 1974 the maximum fine of RM500,000 and imprisonment for a period not exceeding five years can be imposed on any person who contravenes the Section.

Read more
Add your reaction Share

SAM kesal dan bimbang kejadian pencemaran Sungai Kim Kim

Kenyataan Akhbar                                    8 Mac 2019

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Johor dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang membuang sisa kimia ke dalam Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang di sini sehingga mengancam kesihatan para pelajar dan pekerja kantin sekolah di kawasan itu kelmarin.

Dalam kejadian ini dilaporkan sejumlah 35 mangsa mengalami sesak nafas, muntah dan pengsan setelah terhidu bahan kimia dipercayai jenis metana yang dibuang ke dalam sungai tersebut.

SAM berpendapat hukuman berat wajar dikenakan ke atas pihak yang terlibat setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan kerana kesan perbuatan ini ke atas alam sekitar dan kesihatan orang ramai adalah amat serius.

Di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 denda maksimum RM500,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun boleh dikenakan ke atas mereka yang didapati bersalah melakukan pencemaran ini.

Read more
Add your reaction Share

Masalah ancaman kuari pasir di Kampung Lubuk Batu

Kenyataan Akbar                                    2hb Mac 2019

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Menteri Besar Kedah Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir campurtangan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk Kampung Lubuk Batu, Mukim Pelubang dekat Jitra yang terancam kehidupan mereka berikutan operasi kuari pasir di kampung tersebut.

Selain pencemaran habuk, kejadian pergerakan tanah dan rumah retak telah berlaku menyebabkan kalangan penduduk di sini sentiasa bimbang tentang kesihatan dan keselamatan mereka terutama kanak-kanak yang terdedah kepada keadaan yang berbahaya itu.

Read more
Add your reaction Share

Sokongan terhadap gesaan Majlis Peguam Malaysia agar kerajaan melindungi tanah hak adat Orang Asli

Kenyataan Akhbar                                    Februari 28, 2018

SAM ingin menyatakan sokongan kami terhadap kenyataan Majlis Peguam Malaysia bertarikh Februari 26, agar kerajaan persekutuan dan negeri mengambil kesemua tindakan yang perlu untuk melindungi hak tanah adat Orang Asli.

Kenyataan ini menunjukkan betapa perlunya para pembuat dasar kita untuk melihat undang-undang secara menyeluruh. Undang-undang itu bukan hanya meliputi undang-undang tergubal, ia juga termasuk common law, adat atau kelaziman yang mempunyai kuatkuasa undang-undang dan keputusan mahkamah. Malah, tugas fidusiari kerajaan untuk melindungi hak tanah adat juga merupakan undang-undang yang telahtermaktub. Oleh itu, kepatuhan terhadap undang-undang tergubal tidak melepaskan kerajaan dari tanggungjawabnyauntuk menyelidiki dengan secukupnya, tentang kemungkinan wujudnya sebarangpertindihanperundangan dengan hak common lawkomuniti Orang Asli.

Read more
Add your reaction Share

Join Donate