SAM kesal dan bimbang kejadian pencemaran Sungai Kim Kim

Kenyataan Akhbar                                    8 Mac 2019

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Johor dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang membuang sisa kimia ke dalam Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang di sini sehingga mengancam kesihatan para pelajar dan pekerja kantin sekolah di kawasan itu kelmarin.

Dalam kejadian ini dilaporkan sejumlah 35 mangsa mengalami sesak nafas, muntah dan pengsan setelah terhidu bahan kimia dipercayai jenis metana yang dibuang ke dalam sungai tersebut.

SAM berpendapat hukuman berat wajar dikenakan ke atas pihak yang terlibat setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan kerana kesan perbuatan ini ke atas alam sekitar dan kesihatan orang ramai adalah amat serius.

Di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 denda maksimum RM500,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun boleh dikenakan ke atas mereka yang didapati bersalah melakukan pencemaran ini.

Read more
Add your reaction Share

Masalah ancaman kuari pasir di Kampung Lubuk Batu

Kenyataan Akbar                                    2hb Mac 2019

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Menteri Besar Kedah Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir campurtangan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk Kampung Lubuk Batu, Mukim Pelubang dekat Jitra yang terancam kehidupan mereka berikutan operasi kuari pasir di kampung tersebut.

Selain pencemaran habuk, kejadian pergerakan tanah dan rumah retak telah berlaku menyebabkan kalangan penduduk di sini sentiasa bimbang tentang kesihatan dan keselamatan mereka terutama kanak-kanak yang terdedah kepada keadaan yang berbahaya itu.

Read more
Add your reaction Share

Sokongan terhadap gesaan Majlis Peguam Malaysia agar kerajaan melindungi tanah hak adat Orang Asli

Kenyataan Akhbar                                    Februari 28, 2018

SAM ingin menyatakan sokongan kami terhadap kenyataan Majlis Peguam Malaysia bertarikh Februari 26, agar kerajaan persekutuan dan negeri mengambil kesemua tindakan yang perlu untuk melindungi hak tanah adat Orang Asli.

Kenyataan ini menunjukkan betapa perlunya para pembuat dasar kita untuk melihat undang-undang secara menyeluruh. Undang-undang itu bukan hanya meliputi undang-undang tergubal, ia juga termasuk common law, adat atau kelaziman yang mempunyai kuatkuasa undang-undang dan keputusan mahkamah. Malah, tugas fidusiari kerajaan untuk melindungi hak tanah adat juga merupakan undang-undang yang telahtermaktub. Oleh itu, kepatuhan terhadap undang-undang tergubal tidak melepaskan kerajaan dari tanggungjawabnyauntuk menyelidiki dengan secukupnya, tentang kemungkinan wujudnya sebarangpertindihanperundangan dengan hak common lawkomuniti Orang Asli.

Read more
Add your reaction Share

Support for Bar Council’s call for the government to protect Orang Asli customary land rights

Press Release                                         February 28, 2018

SAM would like to voice our support for the statement from the Malaysian Bar Council on February 26 for federal and state governments to take all the necessary actions to protect the Orang Asli customary land rights.

The statement illustrates the need for our policymakers to look at the law in its entirety. The law does not only comprise statutory law, it also includes common law, customs and usage having the force of law and judicial decisions. The fiduciary duty of states to protect the indigenous customary land rights is in fact trite law. Therefore, compliance to statutory laws does not negate the state’s duty to sufficiently examine any possible overlapping common law land rights of the Orang Asli community.

Read more
Add your reaction Share

Hentikan Penambakan Laut! SAM melancarkan laporan “Kesan-Kesan Penambakan Laut di Malaysia”

Kenyataan Akhbar                                     27 Februari 2019 

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Malaysia untuk membatalkan semua cadangan projek penambakan laut di Malaysia.  Gesaan ini adalah berdasarkan kepada kajian dan hasil tinjauan SAM yang mendapati masyarakat persisiran pantai dan eksosistem laut adalah terjejas akibat projek penambakan laut.  Projek penambakan juga menjejas hak dan sumber pendapatan nelayan.

Terbitan baru SAM bertajuk “Kesan-Kesan Penambakan Laut di Malaysia” membutirkan kesan-kesan ke atas biologi, sosio-ekonomi, fizikal, sosio-kebudayaan dan lain-lain impak penambakan, dengan menengahkan beberapa kes di Malaysia. Kajian SAM mendapati bahawa pembangunan di persisiran pantai dan projek tambakan telah merompak penggunaan serta akses nelayan dan komuniti kepada sumber persisiran pantai dan laut.

Beribu-ribu hektar kawasan menangkap ikan dan habitat marin telah hilang kerana kegilaan untuk penambakan.  Projek penambakan telah dicadangkan atau dijalankan di Kedah, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Johor, Pahang dan Kelantan. Sebagai contoh di Pulau Pinang, kerajaan negeri bercadang untuk menebusguna 4,500 ekar kawasan laut di selatan pulau ini, dengan mengabaikan kehidupan masyarakat nelayan dan sumber marin di sini.

Read more
Add your reaction Share

Stop Reclaiming Our Seas! SAM launches report on Impacts of Coastal Reclamation in Malaysia

Press Statement                                    27 February 2019

Sahabat Alam Malaysia (SAM) calls upon the Malaysian government to cancel all proposed coastal reclamation projects in the country. The call is based on findings of SAM research and field surveys which indicate that coastal communities and the marine ecosystem have been adversely affected by coastal reclamation projects. The reclamation projects also infringe on fishers rights to livelihood.

SAM’s new publication titled “Impacts of Coastal Reclamation in Malaysia” details the biological,  physical, socio-economic, socio-cultural and other impacts of reclamation, highlighting several cases in Malaysia.  SAM’s study finds that coastal development and reclamation projects have robbed fishers and communities of use and access to coastal and marine resources. 

Thousands of hectares of fishing grounds and marine habitat have disappeared due to the craze for reclamation.Reclamation projects are abound in Kedah, Penang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang and Kelantan. For example in Penang, the state government plans to reclaim 4,500 acres south of Penang island, neglecting the heavy toll on fisher communities and marine resources.

Read more
Add your reaction Share

Impacts of Coastal Reclamation in Malaysia

Click on the picture
This publication by SAM highlights the impacts of coastal reclamation, based on research and field surveys by SAM.  This report indicates that coastal communities and the marine ecosystem have been adversely affected by coastal reclamation projects.  The proposed development also infringes on fishers rights to livelihood.  We call upon the Malaysian government and States to cancel all proposed reclamation projects in the country.
Stop Reclaiming Our Seas! Stop Sea Grabbing!
Add your reaction Share

Kesan-Kesan Penambakan Laut di Malaysia

 

klik pada gambar 

Terbitan Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengenai kesan penambakan laut adalah berdasarkan kepada kajian dan tinjauan luar SAM.  Laporan ini menunjukkan penambakan laut telah menjejaskan ekosistem laut dan  masyarakat persisiran pantai.  Projek penambakan juga menjejaskan sektor perikanan, sumber pendapatan dan kelangsungan hidup nelayan.  SAM menggesa Kerajaan Malaysia dan Negeri-Negeri untuk membatalkan semua cadangan projek penambakan di negara ini.


Hentikan Penambakan Laut! Hentikan Perampasan Laut!
Add your reaction Share

No Justification To Lift Moratorium On Bauxite Mining

Press Release                                          19 Februari 2019

Sahabat Alam Malaysia (SAM) is shocked to learn of the decision by Water, Land and Natural Resources Minister (WLNR), Dr. Xavier Jayakumar to lift the moratorium on bauxite mining in Pahang and for activities to resume effective 1 April.

While the WLNR Ministry is responsible for regulating the mining industry including bauxite, it does not have the jurisdiction and authority to regulate the environmental impacts of such mining activities, which is within the purviewof the Ministry of Energy, Science, Technology, Environment and Climate Change (MESTECC) for the enforcement of the Environmental Quality Act, 1974.

Read more
Add your reaction Share

Tiada Justifikasi Untuk Menarik Balik Moratorium Perlombongan Bauksit

Kenyataan  Akhbar                                19 Februari 2019

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar menarik balik moratorium terhadap perlombongan bauksit di Pahang dan bagi aktiviti disambung semula berkuatkuasa 1 April.

Sementara Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (WLNR) bertanggungjawab untuk mengawal industri perlombongan termasuk bauksit, ia tidak mempunyai kuasa untuk mengawal kesan alam sekitar seperti aktiviti perlombongan, yang terletak di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) bagi penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Read more
Add your reaction Share

SAM is disappointed with approval of Monoculture Plantation Development Projects in Permanent Reserved Forests in Perak

Press Statement                                     15 February 2019

Sahabat Alam Malaysia (SAM) is disappointed and objects the approval allegedly given by the Perak State Authority for development of monoculture plantations in Kledang Saiong Forest Reserve (HS Kledang Saiong) and Bukit Kinta Forest Reserve (HS Bukit Kinta) in the Forest District of Kinta Manjung which is going viral in social media. We also object other monoculture plantation development projects planned in the state.

SAM views that the policy on promoting the development of forest plantations (monoculture plantation) within Permanent Reserved Forests (PRF) should be abolished.

Typically, the justification and grounds of State Authorities to approve a monoculture plantation development project is that the identified areas are defined as poor forests or degraded forests.

It is to be noted that a PRF in Malaysia becomes a poor forest or degraded forest not because of natural factors but due to human factors, especially encroachment and illegal exploration.

Read more
Add your reaction Share

SAM kecewa dengan kelulusan Projek Pembangunan Ladang Hutan di Hutan Simpanan Kekal di Negeri Perak

Kenyataan Akhbar                                  15 Februari 2019

Sahabat Alam Malaysia (SAM) kecewa dan membantah berhubung dakwaan Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan projek pembangunan ladang hutan di Hutan Simpan Kledang Saiong (HS Kledang Saiong) dan Hutan Simpan Bukit Kinta (HS Bukit Kinta), Daerah Hutan Kinta Manjung yang tular terutama di media sosial serta lain-lain projek pembangunan ladang hutan di negeri Perak.

SAM berpendirian bahawa dasar berhubung penggalakkan melaksana pembangunan ladang hutan (ladang monokultur) dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) perlu dimansuhkan.

Kebiasaannya, justifikasi dan alasan utama Pihak Berkuasa Negeri meluluskan sesuatu projek pembangunan ladang monokultur ialah kerana kawasan yang dikenal-pasti ditakrifkan sebagai hutan miskin atau hutan terosot.

Perlu diketahui bahawa sesuatu kawasan HSK di Malaysia menjadi hutan miskin atau hutan terosot bukan disebabkan oleh faktor semula-jadi tetapi disebabkan oleh faktor manusia terutama kegiatan pencerobohan dan penerokaan haram.

Read more
Add your reaction Share

Join Donate