Perhatian Segera Diperlukan Dalam Penyesuaian Kepada Kesan Perubahan Iklim

Surat Kepada Pengarang                        26 Mac 2019

Berada berhampiran dengan garisan khatulistiwa, ‘musim panas yang berterusan’ bukanlah perkara baharu bagi Malaysia. Bagaimanapun, dalam beberapa minggu yang lepas, kepanasan iklim tropika ini menjadi semakin kuat – menyebabkan ramai rakyat Malaysia (yang mampu) memastikan pendingin hawa berada pada tahap paling sejuk bagi menyejukkan badan. Kitaran El Nino, fasa panas El Nino-Southern Oscillation (ENSO) telah tiba lagi dan dijangka berterusan sehingga Mei. Walaupun Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) menyatakan ia tidak terlalu kuat seperti 2016 (tertinggi di Alor Setar, Kedah dan Chuping, Perlis dengan suhu 38.5°C) dan 1998 (tertinggi di Chuping, Perlis dengan suhu 40.1°C), suhu maksimum harian antara 36°C dan 38°C yang dirasakan beberapa minggu yang lepas amat ketara.[[1]]  

Melangkaui ketidakselesaan harian yang disebabkan oleh kepanasan, kekurangan taburan hujan ketika musim ini memberikan kesan buruk kepada bekalan air kita – sama ada bagi penggunaan domestik, komersial, pembuatan dan bagi pengeluaran makanan. Kepanasan yang melampau dan kemarau juga akan menyebabkan insiden kebakaran hutan yang tinggi, yang bukan hanya meningkatkan suhu tempatan tetapi juga mencemarkan udara dengan partikel asap (jerubu); yang boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, daripada keadaan sementara seperti gatal atau pedih mata, kerengsaan tekak atau hidung berair; sehinggalah kepada penyakit pernafasan seperti bronkitis dan asma.

Walau bagaimanapun, musim panas dan kering El Nino ini bukanlah fenomena baharu dan kita semua sedia maklum akan kesannya dan langkah yang perlu diambil bagi menyesuaikan dengannya, yang mana termasuklah berada di dalam bangunan dan memastikan dalam keadaan sejuk, meminum lebih banyak air dan mengurangkan pembaziran air. Realiti ini telah diulangi begitu banyak sekali di masa lalu sehingga kepada kita menerima aliran peningkatan suhu ini sebagai satu peristiwa yang berlalu begitu sahaja setiap tahun. Bagaimanapun, untuk mengakhiri naratif dengan menolak sepenuhnya hakikat bahawa kita hidup dalam aliran suhu yang semakin meningkat yang dikaitkan dengan perubahan iklim.

Pada September tahun lalu, Malaysia menyerahkan Third National Communication (NC3) dan Second Biennale Update Report (BUR2) kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB (UNFCCC). Dokumen ini mengandungi data yang menunjukkan suhu rata Malaysia semakin meningkat (0.13°C kepada 0.24°C, setiap 10 tahun) antara 1969 dan 2014. Aliran kepanasan jangka panjang dan kritikal ini akan berterusan dalam tahun-tahun yang akan datang, jika gesaan kepada dunia untuk mengehadkan peningkatan suhu kepada 1.5°C melebihi paras pra-industri (iaitu tahun 1850-1900) oleh Laporan Khas Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC) tidak dipedulikan.

Perubahan suhu 1.5°C mungkin mengelabui kelihatan boleh diabaikan, tetapi saintis telah berulang kali memberi amaran implikasi berskala global dengan kesan yang jauh lebih besar dan dalam jangka panjang ke atas sistem iklim. Akan terdapat lebih banyak insiden corak cuaca yang ekstrem dan kuat (seperti kemarau, ribut, taufan dan sebagainya), kekurangan air, makanan, kepupusan spesies, peningkatan paras laut, penyakit dan peningkatan suhu pada tahun-tahun yang akan datang – tetapi ia tempoh sementara yang mungkin diredakan dengan kita memikirkan bahawa kita belum tinggal dalam kesan jangka panjang daripada perubahan iklim global.

Sementara kesan perubahan iklim menjejaskan sesiapa sahaja, penduduk tidak seimbang terdedah terhadap risikonya. Kesan sampingan perubahan iklim dirasakan oleh kebanyakan golongan yang kurang bernasib baik dan penduduk yang mudah terjejas, di mana termasuklah orang asli, komuniti yang bergantung kepada pertanian atau penghidupan di pesisiran pantai, dan mereka yang hidup dalam kemiskinan – semuanya amat sedikit yang berupaya untuk menangani kesan perubahan iklim dan bencana.

Kota raya terutamanya mudah terjejas kerana ia tidak bergerak[2], yang menjadi halangan bagi penyesuaian iklim. Perubahan yang dicetuskan oleh iklim mendedahkan ancaman kepada pengedaran makanan, peruntukan tenaga, bekalan air, pembuangan sisa, teknologi maklumat, dan peningkatan kecenderungan kepada cetusan wabak dalam bandar. Dalam senario yang lebih buruk, akan berlaku kekacauan sosial akibat kekurangan dan kenaikan harga komoditi utama, penghijrahan secara besar-besaran, kadar pengangguran yang tinggi dan bencana iklim.[2]         

Meskipun hakikat bahawa kira-kira 360 juta penduduk bandar sudah pun tinggal di kawasan pantai yang kurang daripada 10 meter di atas paras laut, semuanya yang mudah terjejas kepada banjir akibat peningkatan paras laut dan ribut taufan. Ini bukan hanya menyebabkan kehilangan dan kerosakan tanah, harta dan aset, tetapi juga infrastruktur seperti jalan raya, jalan keretapi, pembetungan, jambatan dan sebagainya. Senario ini mungkin menggambarkan naratif fiksyen Armageddon, tetapi kesan perubahan iklim sudah pun dikenal pasti di beberapa bahagian yang berbeza di dunia ini; dan ia hanya menunggu masa sebelum kesan nyata menjadi bukti dan sering tidak dipedulikan.

Perlu diingatkan bahawa Malaysia antara negara yang mana penduduk bandarnya yang tertinggi tinggal di zon pinggir pantai yang rendah – oleh sebab itu peningkatan paras laut dan hakisan akan menyebabkan nilai kerugian yang besar dalam infrastruktur dan tanah, aktiviti ekonomi serta keperluan pemindahan penduduk secara besar-besaran. Begitu juga dengan taburan hujan daripada badai hujan yang berpanjangan. Malaysia pernah mengalami banjir besar pada Disember 2014, di mana hujan yang berterusan menyebabkan paras air sungai melebihi paras selamat di Kelantan, Pahang, Perak dan Terengganu. Pemindahan penduduk segera diperlukan, yang mana melibatkan 60,000 orang meninggalkan rumah mereka untuk mencari tempat perlindungan yang lebih selamat. Kemusnahan akibat banjir itu dianggarkan mencapai RM1 bilion; yang mana RM100 juta digunakan untuk membaiki jalan raya di Kelantan dan RM132 juta untuk membaiki jalan raya di Terengganu.[[3]]      

Walaupun Malaysia, adalah pihak kepada Perjanjian Paris, yang mempunyai komitmen untuk mengurangkan pelepasan karbon per kapita KDNK kepada 45% menjelang 2030 berhubung paras 2005, tindakan terhadap penyesuaian iklim ini sangat tidak memberangsangkan. Terdapat pelbagai garis panduan, pelan tindakan dan dasar ke arah pengurangan pelepasan karbon dan menyahkarbon dalam ekonomi, pertimbangan terhadap strategi penyesuaian masih lagi tidak mencukupi.

Sehingga kini, Malaysia masih belum menghasilkan Pelan Penyesuaian Kebangsaan (NAP) yang mana beberapa negara membangun dalam UNFCCC telah memulainya dan boleh mendapatkan sumber daripada Dana Iklim Hijau UNFCCC.

Objektif NAP ialah untuk mengurangkan negara daripada terjejas oleh kesan perubahan iklim dengan membina kemampuan penyesuaian dan ketahanan. NAP juga memudahkan pertalian dan integrasi lengkap penyesuaian perubahan iklim kepada dasar baharu dan sedia ada yang berkaitan, program dan aktiviti, terutama sekali proses dan strategi perancangan pembangu- nan, dalam semua sektor berkaitan dan pada peringkat berbeza dengan sewajarnya.[[4]]      

Pada masa ini, usaha penyesuaian di Malaysia kelihatan tidak mencukupi, terutamanya disebabkan oleh elemen penyesuaian iklim dibuat sekali sekala merentasi pelbagai pelan, kebanyakannya dalam silo dan oleh sebab itu berpecah belah. Dalam NC3, pelbagai perubahan iklim yang menjejaskan dan langkah penyesuaian telah dikenal pasti menurut kepada sektor dan sehingga kepada satu tahap, dilaksanakan pada skala berbeza, walaupun tidak dilaksanakan secara holistik dalam bentuk NAP.

Antaranya, terdapat Pengurusan Banjir Bersepadu (IFM) yang bertujuan penggunaan secara cekap dataran banjir untuk meminimumkan kehilangan harta dan nyawa termasuklah projek tebatan banjir. Terdapat juga Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) dan Bahaya Banjir dan Pemetaan Risiko Banjir untuk membantu perancangan dan pembangunan sistematik bagi mengurangkan risiko banjir; dan Manual Pengurusan Air Banjir Bandar (MSMA) yang menyediakan kriteria bagi pengurusan air banjir bandar. Kajian Hakisan Pantai Negara (NCES) dan kajian Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (ISMP) mengandungi langkah penyesuaian bagi kawasan pantai yang mengalami hakisan kritikal di seluruh negara. Tetapi untuk melaksanakan pelan ini dalam strategi yang lebih besar, seseorang itu perlu meneliti semua dokumen ini dan mencari bidang bagi sumber dan integrasi institusi untuk membolehkan bagi diselaraskan dan pelaksanaan yang lebih cekap.  

Sudah tentu dokumen yang hampir kepada pelan penyesuaian iklim bersepadu ialah Pelan Fizikal Negara Ketiga (NPP3), di mana tiga strategi yang meluas ke arah kelestarian dan ketahanan kepada perubahan iklim yang dikemukakan ialah: (i) Pengurusan lestari sumber asli, makanan dan warisan; (ii) Perancangan penggunaan tanah secara holistik; dan (iii) Kota raya rendah karbon dan infrastruktur lestari. Walau bagaimanapun, sama ada strategi ini digambarkan dalam Pelan Struktur Negeri dan Pelan Tempatan kekal hilang, tidak mencukupi atau tidak tetap, berdepan dengan halangan pelaksanaan utama walaupun mempunyai semua pelan ini yang telah dijelaskan.

Contohnya termasuklah penebangan hutan, yang masih meluas; pembersihan tanah bukit; pemusnahan ekosistem pantai penting seperti hutan bakau yang menjadi kawasan pembiakan ikan dan bertindak sebagai penampan terhadap ribut taufan; mempromosikan rangkaian pengangkutan intensif yang memberikan tumpuan utama kepada kenderaan persendirian sebagai ganti pengangkutan awam; tebus guna tanah berskala besar yang memusnahkan kawasan perikanan; dan tiada komitmen untuk memasukkan infrastruktur hijau dalam perancangan bandar. Ini hanyalah beberapa masalah yang menghalang Malaysia daripada benar-benar bersedia dalam melaksanakan penyesuaian dan dalam membina ketahanan terhadap kesan iklim.

Sementara ini bukanlah untuk menolak kewujudan kerja baik yang dijalankan di negeri seperti Kedah dalam melindungi projek central forest spine, kita perlu menghadapi kebenaran bahawa Malaysia tidak melakukannya dengan mencukupi mengenai tindakan iklim.

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah diberikan tugas besar untuk menyelaraskan tindakan iklim kita. Amat menggalakkan bahawa Menteri baharu, Yeo Bee Yin, mengakuinya di persidangan iklim di Poland pada tahun lepas bahawa Malaysia “bersedia untuk melakukan dengan lebih banyak”, menunjukkan kemampuan negara untuk mengambil tindakan perubahan iklim secara dengan lebih agresif.

Oleh sebab itu kita mestilah dengan segera dalam mengemukakan cadangan Akta Perubahan Iklim Kebangsaan, mempercepatkan penubuhan Pusat Perubahan Iklim yang sudah lama tertangguh dan meletakkannya dalam NAP kita. Ini hanyalah beberapa langkah yang penting untuk kita bertindak bersama. Malaysia mestilah melakukan dengan lebih baik dalam memastikan perancangan dan keputusan ekonomi kita dilihat melalui kaca mata perubahan iklim, memandangkan langkah seperti biasa tidak melindungi kita daripada aliran perubahan iklim baharu. Masa depan akan menjadi lebih sukar jika kita tidak memaksa untuk meletakkan realiti perubahan iklim dan kesannya dalam membentuk masa depan kita. Kita perlu bertindak sekarang sebelum terlambat.

 

S. M. Mohamed Idris

Presiden

 

Lampiran

 

 

 


[[1]] Status Terkini ENSO, Kemaskini pada 19 Mac 2019, Jabatan Meteorologi Malaysia.

[[2]] World Bank, Cities and Climate Change: An Urgent Agenda. The Impact of Climate Change on Cities. Pg. 8.

[[3]] Estrada, M. A. R., Koutronas, E., Tahir, M., & Mansor, N. (2017). Hydrological hazard assessment: THE 2014-15 Malaysia floods. International journal of disaster risk reduction, 24, 264-270.

[[4]] UNFCCC. Overview – National Adaptation Plans. https://unfccc.int/topics/resilience/workstreams/national-adaptation-plans/overview

Join Donate