FARMERS AND CIVIL SOCIETY ORGANISATIONS’ MEMORANDUM ON THE PROPOSED NEW SEED BILL 2019

KENYATAAN AKBAR :  PETANI, ORGANISASI MASYARAKAT DAN NGO PERLU DILIBATKAN DENGAN LEBIH MENDALAM SEBELUM TEKS UNDANG - UNDANG BENIH TANAMAN DIBENTANGKAN DI PARLIMEN

MEDIA STATEMENT : FARMERS, COMMUNITY GROUPS AND NGOs CALL FOR CONSULTATIONS BEFORE PROPOSED SEED LAW TO PARLIAMENT

MEMORANDUM : FARMERS AND CIVIL SOCIETY ORGANISATIONS’ MEMORANDUM ON THE PROPOSED NEW SEED BILL 2019

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Tani, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan pada 8 April 2019 mengumumkan bahawa satu rang undang-undang baru Benih sedang digubal untuk mengawal dan menangani pengedaran haram Benih di pasaran dan akan di bentangkan di Parlimen selepas perundingan dengan agensi-agensi lain.

Pada 7 Mei 2019, 62 komuniti dan organisasi masyarakat, koperasi dan institusi-institusi penyelidikan telah menghantar memorandum keprihatinan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, Menteri Pertanian dan Industri Tani dan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menyatakan keprihatinan bahawa undang-undang pensijilan benih boleh mempunyai kesan negatif yang serius apabila terdapat ‘pengawalan kualiti’ terhadap petani kecilan dan kepelbagaian benih tanaman yang kaya di negara ini.

Kami menyokong langkah kerajaan untuk memastikan benih berkualiti yang bebas dari penyakit dibekalkan dan ditanam oleh petani; namun kajian kami tentang undang-undang persijilan benih di negara lain menimbulkan beberapa kebimbangan iaitu;

  1. Undang-Undang benih melarang amalan penyimpanan, pertukaran dan penjualan benih tanaman oleh petani. Ini meliputi tanaman asa seperti padi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Penjimatan, pertukaran dan penjualan benih adalah suatu amalan yang biasa bagi petani di Malaysia sejak sekian lama dan pengharamannya merupakan satu penafian hak kepada petani. Mengenakan denda dan merperlakukan petani sebagai penjenayah boleh mencetuskan protes dan bantahan seperti yang dilihat di Indonesia (2004 hingga 2010), Colombia (2013).
  2. Undang-Undang Benih menjadikannya wajib bagi petani, penanam benih dan pengeluar benih untuk menjalankan kajian makmal, memohon untuk persijilan dan pendaftaran benih selaras dengan pra-syarat tertentu. Pendaftaran tahunan juga diperlukan. Ini akan mengakibatkan peningkatan harga benih.
  3. Undang - undang ini menggalakkan amalan monokultur dalam pertanian di mana varieti yang diperkenalkan di pasaran akan berkurangan secara berperingkat dan akan mendiskriminasi kepelbagaian varieti petani dan sistem benih petani sekaligus memusnahkan kepelbagaian biologi secara umum seterusnya penurunan pengeluaran makanan setempat. Ini kerana risiko rumpai, perosak dan penyakit baharu adalah lebih tinggi terhadap tanaman monokultur.
  4. Akan terdapat hanya pilihan benih yang terhad di pasaran dan petani terpaksa mengikuti setiap syarat yang telah ditentukan syarikat-syarikat benih besar, termasuk syarikat negara luar. Benih yang mendapat persijilan sari negara luar tidak tentu akan sesuai untuk keadaan tempatan. Ini akan meningkatkan kebergantungan sistem jaminan bekalan makanan negara kepada negara luar yang banyak mengeluarkan benih-benih baru.

Rang Undang - Undang Benih Tanaman ini juga diyakini bercanggah dengan perjanjian dan konvensyen antarabangsa yang melindungi hak-hak petani dan biodiversiti tanaman yang telah disertai Malaysia iaitu;

  1. a) Convention on Biological Diversity 1992 (CBD);
  2. b) Nagoya Protocol on Access and Benefit Sharing;
  3. c) International Treaty on Plant Genetic Resources for Food and Agriculture 2001 (ITPGRFA);
  4. d) UN Declaration on the Rights of Indigenous Peoples (UNDRIP); dan
  5. e) UN Declaration on the Rights of Peasants and Other People Working in Rural Areas 2018.

Oleh itu, kami memohon agar pihak Kementerian Pertanian dan Industri Tani mendedahkan teks Rang Undang-Undang Benih tersebut kepada umum dan berunding dengan organisasi yang bekerja dengan petani di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta kumpulan petani sendiri sebelum membentangkan rang undang-undang ini di Parlimen.

Kami menegaskan, apa-apa undang-undang yang ingin diperkenalkan mestilah bermatlamatkan kesejahteraan untuk petani dan kedaulatan makanan negara tanpa mengorbankan hak-hak dan kebebasan petani terhadap benih dan sistem pertanian tradisi. Untuk memastikan perkara ini terlaksana, pihak petani mesti terlibat secara langsung dalam proses dalam proses membuat keputusan.

Bersama kenyataan media ini, disertakan MEMORANDUM yang telah dihantar kepada Kerajaan

Join Donate