Harimau Semakin Terancam

Kenyataan Akhbar                                  14 Januari 2019

Harimau kita semakin terancam! Kewujudannya semakin lenyap. Ahli ekologi dan kumpulan pemuliharaan harimau terus memberikan amaran mengenai harimau, malah tiada sesuatu dilakukan untuk menangani kepupusan haiwan ini.

Penyebab kepupusan harimau amat jelas. Pelakunya adalah musuh yang sama – pemburu dan perosak habitat harimau – mereka yang sama yang membunuh banyak spesies lain. Pemburuan harimau dilakukan sebahagian besarnya bagi memuaskan permintaan bagi bahagian anggota haiwan dalam perubatan tradisional Cina yang menunjukkan tiada tanda berkurang.

Terdapat kesan yang menjejaskan bagi harimau di seluruh dunia apabila China menarik balik pengharaman terhadap tanduk badak dan tulang harimau untuk digunakan dalam ubatan Cina tradisional; walaupun ia tidak mempunyai nilai terapeutik. China mewujudkan pasaran sah yang besar bagi anggota haiwan yang diburu. Langkah ini boleh menjadi hukuman mati bagi Badak dan Harimau. Ia akan merangsang permintaan dan penyeludupan produk ini. Ini juga akan menyediakan peluang bagi penyeludup untuk menyeludup anggota haiwan yang diburu mereka.

Sebagai komoditi harimau dilapah untuk mendapatkan kulit, misai, anggota kemaluan, ekor, tulang dan kuku, semuanya untuk jualan secara terbuka di pasaran seluruh Asia. Undang-undang penguatkuasaan yang lemah di negara yang memiliki harimau dan negara pengguna menjadikan ia mudah untuk pembunuhan diteruskan. Kerajaan gagal untuk memperuntukan sumber di mana mereka perlukan dalam pemuliharaan hidupan liar, dan terdapat kekurangan keprihatinan dan usaha dalam menyelamatkan harimau kita.

Dalam pertarungan antara harimau dan skala besar, kepentingan ekonomi negeri yang dibenarkan, nasib haiwan kelihatan dalam keadaan bahaya. Sama ada harimau boleh meneruskan kelangsungan hidup dalam berdepan dengan tekanan besar bergantung kepada pemahaman terhadap haiwan itu sendiri. Dengan rasa kebencian oleh ramai orang yang tinggal berdekatan dengan harimau, ia sering dilihat sebagai pembunuh berbanding aset berharga.

Komuniti yang tinggal berdekatan dengan harimau perlu diberikan peluang untuk mengubah sikap mereka terhadap haiwan dan insentif perlu diberikan untuk membantu melawan pemburuan. Jika mereka boleh dipujuk untuk memandang harimau dengan bangga sebagai ganti kebencian atau pengabaian, mereka boleh terlibat dalam perjuangan untuk menyelamatkannya.

Apakah yang perlu diambil untuk menyelamatkan harimau? Harimau memerlukan kawasan wilayah yang luas, dan habitat harimau perlu kekal dengan tiada pembalakan, perlombongan, pertanian, atau bilangan ternakan yang besar. Mereka memerlukan kepelbagaian haiwan mangsa yang meluas dan tumbuhan untuk menyokongnya. Semuanya memerlukan kesungguhan politik diperingkat tempatan dan negara.

Sahabat Alam Malaysia (SAM) tidak begitu optimistik mengenai nasib harimau. Harimau dilihat sebagai kehilangan dan jika kita tidak boleh menyelamatkan harimau, apakah yang kita boleh selamatkan?     

 

S M Mohamed Idris

President

Join Donate