Hentikan Pengangkutan Haiwan Hidup: Hari Kesedaran Antarabangsa

Kenyataan Akhbar                                  13 June 2018

14 Jun adalah Hari Kesedaran Antarabangsa Hentikan Pengangkutan Haiwan Hidup.

Sahabat Alam Malaysia mengalu-alukan langkah Kerajaan Malaysia untuk cadangan peraturan yang akan dikuatkuasakan untuk memastikan ternakan dan ayam itik seperti ayam, itik, babi dan lembu akan diangkut dengan selamat tanpa dicederakan.

Ini merupakan pengumuman baru-baru ini oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Datuk Dr. Quaza Nizamuddin Hassa Nizam. Pada masa ini peraturan sedang digubal berhubung keperluan ruang bagi haiwan di dalam kenderaan, bilangan sangkar yang dibenarkan, peredaran udara yang sempurna, meliputi jarak, keperluan makanan dan lain-lain dalam peraturan industri eksport haiwan hidup.

Selearas dengan kumpulan kebajikan haiwan di seluruh dunia, Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin menarik perhatian kepada pengangkutan haiwan hidup. Haiwan ternakan diangkut berjuta kilometer melalui jalan laut atau darat di seluruh dunia seperti kargo.

Perjalanan panjang boleh menjadi satu hukuman mati. Biri-biri berisiko mengalami kematian secara perlahan akibat kebuluran, penyakit, dan kecederaan selepas seminggu berada di dalam kapal. Lembu berada dalam timbunan najis dan di sesetengah bahagian dunia bangkai haiwan mati yang dibuang boleh ditemui terdampar di tepi pantai.

Pengangkutan haiwan merupakan salah satu aktiviti paling stres yang dipaksa ke atas haiwan dan tidak diragui lagi berjuta daripadanya mengalami kesengsaraan dengan pelbagai keadaan dalam banyak cara. Paling tragik yang lebih buruk berbanding perjalanan ini ialah apa yang akan berlaku kepada haiwan ini apabila tiba di destinasinya – ia akan disembelih untuk mendapatkan dagingnya.

Haiwan hidup bukanlah seguni ubi kentang; ia bernafas, berfikir, dan boleh menderita.tetapi kepada perdagangan eksport haiwan hidup, penderiataan ini hanyalah kos melakukan perniagaan. Pakar kesihatan menggesa orang ramai agar kurangkan memakan daging. Tambahan lagi, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggesa supaya melakukan perubahan diet di seluruh dunia dengan mengelakkan daripada produk haiwan dalam usaha untuk mengelakkan kemusnahan alam sekitar global. Syarikat eksport ternakan mendesak kepada sebaliknya manakala haiwan menjadi mangsa kekejaman.

Perkara lain yang menjadi kebimbangan ialah cara pengangkutan yang berbeza. Pengangkutan haiwan melalui jalan laut dilakukan di banyak kawasan di dunia dan tidak dipedulikan kebajikan haiwan yang diangkut itu sejak bertahun.

Insiden malang melibatkan 57,000 ekor biri-biri Australia tersadai di atas kapal pengangkut ternakan MV Como Express lebih daripada dua minggu pada 2003 selepas penghantaran itu ditolak oleh Arab Saudi masih segar dalam ingatan pada hari ini.

Pengangkutan menggunakan lori adalah yang paling biasa tetapi jarang difikirkan terhadap ternakan diangkut atau diturunkan yang memakan masa berjam-jam atau lebih atau apabila terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas, atau apabila pemandu berhenti rehat. Amat sedikit boleh dilakukan apabila lori terperangkap di jalan raya dengan haiwan terdedah kepada panas terik matahari.

Di banyak negara Asia amat sedikit diketahui mengenai sikap terhadap kebajikan haiwan daripada mereka yang bekerja di dalam industri ini. Tidak terdapat kajian lengkap mengenai sikap daripada pihak berkepentingan dalam industri yang berbeza terhadap kebajikan haiwan ketika pengangkutan dan penyembelihan.

Pengangkutan haiwan hidup jarak jauh mungkin juga memudahkan tersebarnya patogen haiwan dengan berpotensi menyebabkan penyakit kepada manusia. Contohnya, virus Nipah muncul pada 1998 dalam industri ternakan babi di Malaysia sehingga menjadi patogen manusia yang boleh membawa kematian disebabkan oleh kembalinya jangkitan otak dan membunuh 40% mereka yang terjejas. Penyakit yang muncul di bahagian utara semenanjung Malaysia diperkuatkan lagi apabila babi diangkut di seluruh negara. Lebih jauh haiwan diangkut, lebih jauh penyakit boleh tersebar.

Terdapat risiko dan bahaya pengangkutan haiwan dalam jarak yang jauh. Terdapat beratus lagi bencana yang tidak menjadi tajuk berita utama apabila haiwan mengalami kesengsaraan dan tiada siapa pun dipertanggungjawabkan; sama ada ia akibat pengabaian, cuaca buruk, kelewatan di sempadan atau kerosakan kapal, penderitaannya amat besar.

The Guardian melaporkan pada April 2017, hampir 100 daripada 1,236 ekor lembu mati dalam perjalanan selama lapan hari dari Darwin ke Malaysia dan Brunei; 90 ekor dimatikan akibat penghantaran itu. Ia merupakan pelayaran pertama kapal ternakan baharu yang kini sijilnya dibatalkan oleh Australia. Kapal itu tidak boleh lagi digunakan untuk mengeksport sehingga ia memperolehi sijil yang sah. Kadar kematiannya ialah 7.79%, melebihi paras 0.5% yang dilaporkan bagi pelayaran kurang daripada 10 hari.

Gesaan ini bagi kebangkitan global terhadap kesengsaraan ternakan ketika perjalanan yang jauh. Ia adalah tidak beretika dan logik untuk memaksa haiwan menderita dalam perdagangan eksport haiwan hidup.

 

 

S M Mohamed Idris

Presiden      

Join Donate