MASA UNTUK MELINDUNGI, BUKAN UNTUK MEMUSNAHKAN

Surat Kepada Pengarang                                            20 April 2019

 

Sempena Hari Bumi pada 22 April tahun ini, Sahabat Alam Malaysia (SAM) ingin mendedahkan fakta bahawa satu per lima spesies mamalia ditemui di Malaysia menghadapi kepupusan. Ini menurut data yang disediakan oleh Bank Dunia pada 2015, yang mendedahkan pada 2014 sebanyak 70 spesies daripada 336 mamalia berada dalam bahaya. Klasifikasi khusus ini meletakkan Malaysia di tangga ketujuh di dunia, manakala di Asia Tenggara di tempat kedua hanya selepas Indonesia di mana 184 spesies berisiko (pertama di dunia).

Malaysia adalah negara paling berbahaya di dunia bagi spesies yang sudah pun berisiko. Kemunculan berterusan berita hidupan liar di media memerlukan perhatian serius daripada kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan. Daripada menjerat, kematian di jalan raya, gajah mengganas di kawasan kampung dan memusnahkan tanaman, primat berisiko, pembunuhan beruang matahari hinggalah kepada memakan telur penyu, penjualan hidupan liar melalui media sosial dan senarainya berterusan.

Gajah terancam dengan serius disebabkan pencerobohan oleh manusia yang tidak pernah berakhir terhadap habitatnya. Sebaik berlakunya amukan di kampung ia disifatkan sebagai gajah yang ganas yang menceroboh ke dalam ruang manusia, walaupun sebenarnya secara sah,tanah itu asalnya milik mereka. Dalam kes kampung, ladang dan kebun yang semakin dekat dengan habitat liar, hidupan liar selalunya di pihak yang kalah. 

Pada September 2016, kehilangan tujuh gajah pigmi Borneo dalam kolam berlumpur berdekatan tapak pembalakan di Rinukut, jalan Kalabakan-Keningau di Tawau satu peristiwa yang amat tragik. Kematiannya merupakan satu tamparan besar kepada usaha pemuliharaan Sabah untuk memulihara 1,500 atau gajah yang masih ada di dalam hutannya.

Kematian gajah berlaku lagi apabila pada Januari 2017 di ambang tahun baharu apabila dua ekor gajah bergading besar ditemui mati di Kinabatangan dipercayai kerja manusia dan pemburu haram. Digelar ‘Sabre’ disebabkan gadingnya yang bengkok ditemui dengan gadingnya hilang. Gajah itu dipercayai dibunuh pada 12 November 2016.

Pada Ogos 2017, gajah pigmi betina ditemui mati di ladang yang terletak di luar hutan simpan di kawasan Kinabatangan. Haiwan berkulit tebal yang mati itu dipenuhi dengan luka daripada pelet senapang dan mungkin ditembak kerana memakan tanaman di ladang tempatan.

Dalam tempoh tujuh tahun lepas, 22 anak gajah tanpa ibu diselamatkan dengan separuh daripada anak gajah ini mati kerana tidak dapat meneruskan kelangsungan hidup. Ia menjadi yatim piatu disebabkan ibunya menjadi mangsa jenayah yang dilakukan oleh petani dan pekerja ladang. Dalam beberapa tahun lalu, anak gajah ditemui berkeliaran tanpa tujuan tanpa ibu bersamanya.

Hanya baru-baru ini, dua ekor gajah pigmi lagi mati berdekatan kawasan ladang di Sukau dan Tawau.

Sementara tamparan yang melumpuhkan dalam industri kelapa sawit menangani spesies orang utan amat luar biasa, industri kelapa sawit mempunyai darah terhadap spesies lain di tangan mereka juga. Mengakui permintaan dan keuntungan yang tinggi yang dikaitkan dengan kelapa sawit, industri ini telah berhenti sedikit untuk menghasilkan seberapa banyak komoditi ini dengan seboleh mungkin. Sedihnya, keuntungan yang tinggi bagi pengeluar kelapa sawit datangnya dengan kos yang tinggi kepada alam sekitar dan spesies haiwan di mana kelapa sawit itu ditanam.

Bilangan harimau kita juga telah merosot kepada kurang daripada 150 ekor dengan bilangan yang masih hidup di sepanjang Central Forest Spine di Semenanjung Malaysia. Sebagai komoditi harimau diperlakukan seperti burung hering: kulit, misai, kemaluan, ekor, tulang dan kuku semuanya untuk dijual di pasaran seluruh Asia.

Kini China menarik balik pengharaman tanduk badak dan tulang harimau untuk digunakan dalam ubatan China walaupun ia tidak mempunyai nilai terapeutik dan sebagainya, akan terdapat kesan kemusnahan bagi harimau di seluruh dunia. Dengan pasaran yang sah, China mewujudkan pasaran sah yang besar bagi bahagian haiwan yang diburu. Langkah ini boleh menjadi satu hukuman mati kepada badak dan harimau. ini akan merangsang permintaan dan penyeludupan produk seperti ini. Ini juga akan menyediakan peluang yang cukup bagi penyeludup untuk menyeludup bahagian haiwan yang diburu secara haram.

Pembunuhan ini berterusan dengan penyu menjadi mangsa kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Pembunuhan 100 penyu laut terancam pada Oktober 2017 di kepulauan di luar Semporna telah menarik perhatian seluruh dunia dengan penemuan bangkai reptilia itu.

Adalah dianggarkan 100 rangka penyu ditemui bertaburan di kawasan belukar berdekatan pantai Kg. Pantau-Pantau, Kg. Amboh-Ambohang, Kg. Sampolan di Pulau Bum-Bum di luar Semporna. Ia dipercayai hasil daripada aktiviti pemburuan haram yang dijalankan openduduk Palau atau Bajau Laut yang kerap datang ke kawasan itu.

Kemudian sekali lagi pada Oktober 2017, sekumpulan penduduk pulau menemui tujuh bangkai penyu dengan perutnya yang terdedah, ditemui terapung di perairan berdekatan Pulau Mabul.

Laporan sebelum ini mengenai penemuan bangkai penyu telah dilaporkan di luar perairan Sabah beberapa tahun lepas. Antaranya: penemuan 60 bangkai penyu di Pulau Tiga, Kudat yang didedahkan oleh pensyarah/penyelidik pada Mac 2014.

Sebulan selepas itu, bangkai empat lagi penyu laut ditemui terapung di luar pantai Semporna, antara pulau Bum-Bum dan Kulapuan dalam kawasan Taman Laut Tun Sankaran oleh kakitangan Jabatan Perikanan.

Berkongsi nasib yang sama spesies ikan yu di mana gambar ikan yu yang tular didapati tidak mempunyai sirip yang dijual di pasar basah di Sandakan. Kebimbangan orang ramai ialah sama ada ikan yu itu ditangkap tanpa sirip ini adalah spesies terancam.

Mamalia kita yang pemalu – tenggiling juga akan menghadapi nasib malang seperti burung dodo. Rekod Analisis Perdagangan Flora dan Fauna dalam Perdagangan (TRAFFIC) memberi amaran bencana mendatang bagi tenggiling kita memandangkan lebih satu juta tenggiling diburu dalam dekad lepas. TRAFFIC melaporkan kira-kira 23 tan tenggiling dirampas dalam pengangkutan udara antara 2009 dan 2017 dan pada 2018, 40.8 tan produk tenggiling dirampas. Ia merupakan sasaran utama bagi penyeludup dan pemburu sejak ia dianggap sebagai bernilai untuk perubatan dan dagingnya yang dianggap makanan istimewa. Walaupun rampasan dilakukan, krisis pemburuan terus berlaku tanpa henti.

Tragedi sebenar ialah beberapa spesies yang disebutkan di atas tidak bemula untuk menceritak kisah sebenar. Satu perkara yang semua spesies ini mempunyai persamaan ialah penyebab kepupusan mereka ialah manusia. Aktiviti manusia kini memberikan kesan besar di mana sahaja dan kita menggunakan pelbagai teknologi industri canggih untuk memusnahkan bentuk kehidupan lain dalam bilangan yang besar dan hasilnya tidak dapat dielakkan ialah kepupusan beberapa spesies.

Dalam banyak kes bentuk hidupan ini diburu sehingga pupus hasil beberapa perkara komersial yang sangat penting yang sesat. Sama ada untuk makanan (seperti spesies ikan) bahan mentah (seperti gading gajah) atau beberapa kepercayaan khayalan dalam kualiti ubatan atau perangsang nafsu (seperti tanduk badak) ia dibunuh dengan teknologi canggih seperti senapang dan pukat ikan di mana mereka tidak mempunyai evolusi pertahanan). Contohnya penyu laut. Semua penyu laut terancam akibat pemburuan haram dan pencarian untuk kulit, daging dan telurnya. Adalah satu kepercayaan yang tidak masuk akal bahawa telurnya mempunyai elemen perangsang nafsu.

Dua perkara utama yang mendorong spesies berada dipinggir pemusnahan habitat tanah sistemik kita – hutan, tanah rumput, tanah paya, tanah gambut, paya bakau, dalam usaha yang tidak pernah berakhir untuk menguasai lebih banyak kawasan liar bagi kegunaan manusia (sama ada untuk kediaman, komersial, perlombongan, perladangan atau ketenteraan) dan kemusnahan saliran air dan habitan lautan kita. Kini kelihatan terdapat begitu banyak sampah yang terapung di beberapa lautan dunia.

Gunung batu kapur yang dikenali sebagai Gunung Kanthan di barat laut Semenajung Malaysia, yang menjadi satusatunya kediaman bagi spesies siput baharu ditemui. Ia ditemui di sudut kuari batu kapur yang diusahakan oleh gergasi simen global Lafarge.

Kuari yang masih belum diletupkan menyediakan bahan untuk pengeluar simen adalah tempat yang subur bagi spesies. Ia menjadi sumber kepada tiga jenis tumbuhan baharu, labah-labah trapdoor, siput dan Bent-toed Gecko jenis baharu. Memandangkan penyebaran spesies ini yang terhad, semuanya diandaikan berisiko kritikal kepupusan global dan semuanya menghadapi ancaman daripada aktiviti kuari.

Kita memberikan banyak perhatian kepada spesies berwarna-warni dan besar tetapi spesies yang tidak pernah didengar atau kurang eksotik perlu dinilai juga. Katak, antara yang memberikan perkhidmatan yang tidak ternilai daripada perspektif manusia yang terhad, memakan nyamuk malaria, kini bilangan nyamuk semakin meningkat memandangkan bilangan katak semakin merosot. Malah petani juga terpaksa menggunakan lebih banyak bahan kimia di ladang mereka untuk menghapuskan serangga perosak, yang sebelum ini tugas itu dilakukan oleh katak yang lapar.

Serangga yang terbang benar-benar penting menjadi fungsi ekologi yang penting, di mana bilanganya amat penting. Lalat, kupu-kupu dan rama-rama sepenting lebah untuk banyak tumbuhan berbunga termasuklah sesetengah tanaman. Ia menyediakan makanan untuk banyak haiwan, burung, kelawar, beberapa mamalia, ikan, reptilia dan amfibia. Lalat, kumbang dan tebuan juga pemangsa dan penyumbang kepada pengkomposan, mengawal serangga dan membersihkan sesuatu kawasan. Tetapi tiada kajian yang sempurna dijalankan untuk menentukan skala kehilangan walaupun kemusnahan kawasan liar dan penggunaan meluas racun makhluk perosak dan perubahan iklim menjadi faktornya.

NGO pemuliharaan telah berulang kali memberi amaran bahawa semua aktiviti pemusnahan mengancam hidupan liar tetapi malangnya amat sedikit dilakukan dalam menangani situasi kritikal ini.

Bagaimanapun tidak semua kemusnahan boleh dilihat memandangkan hutan hujan yang lenyap dan spesies ikonik turut lenyap bersamanya. Paling biasa ialah kemusnahan tanah dengan bahan cemar berasaskan organik yang dikaitkan dengan bahan kimia industri. Beribu bahan kimia sintetik seringkali dalam bentuk baja, racun makhluk perosak, racun rumpai dan racun lain yang memusnahkan tanah dengan mengurangkan nutrian dan membunuh mikrob di mana kita menanam makanan kita. Racun ini menyebabkan kelenyapan tanah dan racun ini juga membunuh banyak serangga bermanfaat seperti lebah yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan pendebungaan tumbuhan.

Perdagangan dalam hidupan liar semakin berkembang dengan jenayah yang semakin canggih di belakang gelombang jenayah hidupan liar semasa, dengan sindiket menggunakan taktik kejam untuk membunuh badak, gajah dan haiwan lain.

Masalah ini bukan hanya terbatas kepada Malaysia sahaja tetapi turut berlaku di seluruh negara Asean. Kunci utama ialah menanganinya sama ada terdapat beberapa bentuk dasar dengan penjelasan yang jelas apakah tindakan yang akan diambil dan oleh siapa serta komitmen kukuh untuk memastikan ia boleh dilaksanakan dengan secara yang lebih berkesan. Dengan hidupan liar yang terancam, adalah penting untuk menghargai apa yang mungkin akan lenyap dan perlu diingatkan akan pentingnya untuk ia dilindungi.

 

S. M. Mohamed Idris

Presiden  

Join Donate