MEMORANDUM MASALAH SUMBER PERIKANAN DAN NELAYAN PANTAI DI MALAYSIA: CADANGAN DAN GESAAN

Momorandum boleh di download di sini https://d3n8a8pro7vhmx.cloudfront.net/foemalaysia/pages/24/attachments/original/1527210821/171130_memorandum_perikanan_SAM-JARING_2017.pdf?1527210821

Pengenalan
Industri perikanan merupakan industri yang berkembang maju di Malaysia. Namun di sebalik
perkembangan pesatnya pelbagai isu dan masalah perikanan dan nelayan masih belum
ditangani dengan serius dan berkesan. Antara isu yang boleh dilihat adalah seperti polisi,
pembangunan dan pelaksanaan dasar, penguatkuasaan undang-undang serta kemerosotan
ekosistem marin.

Situasi ini menimbulkan kebimbangan kepada nelayan pantai. Oleh yang demikian, Sahabat
Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai
Malaysia (JARING) memandang serius isu ini dan merasakan adalah perlu untuk dibangkit
dan diketengahkan supaya dapat diatasi bersama dengan baik.

 

Rangka kerja dan penyelesaian yang menyeluruh harus dipertimbangkan dengan
mengambil kira persoalan polisi dan dasar perikanan negara, perundangan, perancangan
dan pembangunan perikanan yang mengambil kira aspek sosio-ekonomi nelayan dan
ekosistem marin yang sihat, pengawalan, pemantauan dan penguatkuasaan serta
kerjasama semua pihak dalam menangani isu-isu perikanan negara.

Dasar Agro-Makanan 2011-2020 mensasarkan 50% daripada sumber perikanan negara
adalah daripada akuakultur dan hanya 50% adalah dari tangkap liar (lampiran 1). Dasar ini
perlu dikaji semula kerana SAM dan JARING percaya industri akuakultur yang tidak terkawal
merupakan salah satu faktor yang merosakkan sumber perikanan. Dasar ini akan
menggalakkan kawasan hutan paya bakau, pinggir pantai dan kawasan sungai
dimusnahkan.

Dalam usaha untuk memenuhi keperluan protein kepada masyarakat dan memastikan
industri perikanan negara berkembang seiring dengan kelestarian sumber marin, SAM dan
JARING menegaskan adalah perlu untuk semua pihak berganding bahu menjalankan
usahasama yang bersepadu serta mencari kaedah terbaik untuk menguruskan sumber
perikanan secara mapan.

Memorandum yang disediakan oleh SAM dan JARING ini menggariskan beberapa isu dan
persoalan tentang status industri perikanan di Malaysia. SAM juga menyenaraikan beberapa
cadangan bagi memungkinkan cabaran dan persoalan berikut dapat ditangani dengan baik.

Join Donate