Pencemaran Bahan Kimia di Pasir Gudang – Gesa Suruhanjaya Siasatan Diraja Ditubuhkan

Siaran Akhbar                                         27 Jun 2019

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Persekutuan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCE) untuk menyiasat kejadian pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang, Johor yang mengakibatkan lebih daripada 100 pelajar daripada lebih 30 buah sekolah jatuh sakit.

Menurut laporan berita, Kementerian Pendidikan telah menutup 475 institusi pendidikan untuk membolehkan pihak berkuasa menangani sumber pencemaran.

Memandangkan betapa seriusnya insiden itu, (RCE amat penting untuk memastikan bahawa semua mereka yang bertanggungjawab terhadap kerosakan alam sekitar dan menjejaskan manusia diambil tindakan.

Penyiasatan itu juga seharusnya termasuk pencemaran Sungai Kim Kim, walaupun pihak berkuasa telah mendakwa sesetengah syarikat yang bertanggungjawab bagi aktiviti pembuangan sisa.

Ini untuk membolehkan siasatan yang lebih lengkap dan menyeluruh demi untuk kepentingan awam, untuk mengenal pasti punca utama pencemaran bahan kimia termasuk dalam menentukan pelaku yang bertanggungjawab terhadap penyebab kerosakan serta dalam menentukan kebersalahan atau kecuaian pelbagai pihak berkuasa yang membenarkan pencemaran berlaku.

Sebagai tambahan, RCE ini juga perlu melihat kepada kemampuan undang-undang semasa serta kemampuan dan keupayaan pihak penguatkuasa kita untuk membuat saranan dan mengambil langkah yang akan membantu menjaga kebajikan, kesihatan dan keselamatan awam pada masa depan.

Ini bukan hanya termasuk siasatan terhadap undang-undang alam sekitar yang berkaitan pada masa kini tetapi juga garis panduan dan peraturan berkaitan dengan perancangan dan kedudukan kawasan perindustrian terutama sekali kilang bahan kimia dan toksik, terletak berdekatan sekolah, kawasan kediaman dan kawasan yang sering dikunjungi oleh orang ramai.

Seterusnya, amat penting untuk menentukan bagaimana mangsa pencemaran dirawat dan tindak balas termasuk sama ada ia mencukupi penjagaannya dalam bentuk untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan mereka baik dari segi jangka pendek dan jangka panjang akibat daripada kesan pencemaran.

Memandangkan mencegah itu lebih baik daripada merawat, RCE ini amat penting supaya kita mempunyai langkah dan protokol yang sempurna dalam usaha untuk mengelakkan satu lagi episod Pasir Gudang di lain-lain tempat di negara ini.

 

Meenakshi Raman

Presiden 

Join Donate