Penyeludupan Hidupan Liar, Isu Global yang Semakin Meningkat

Kenyataan Akhbar / Surat Kepada Pengarang                            26 September 2018

Media tempatan sering memaparkan gambar rampasan tenggiling, gading gajah, tanduk badak, bahagian tubuh harimau dan testudines dengan tajuk kejayaan rampasan hidupan liar oleh pihak berkuasa Malaysia. Manakala gambar ini menunjukkan kejayaan penguatkuasaan undang-undang dalam jenayah terhadap penyeludupan hidupan liar, ia amat membimbangkan memandangkan kepada jumlah produk hidupan liar yang dirampas tidak hanya di Malaysia tetapi juga yang dirampas dalam perjalanan atau dieksport semula dari Malaysia.

Penyeludupan hidupan liar dikatakan perdagangan haram ketiga paling bernilai di dunia, selepas dadah dan senjata api. Perbincangan mengenai membanteras penyeludupan hidupan liar tertumpu terutamanya kepada gajah, badak dan harimau di Afrika dan Asia. Bagaimanapun, sering dilupakan pada hakikatnya bahawa penyeludupan hidupan liar berlaku meliputi semua benua dan mengancam pelbagai spesies terancam termasuklah burung eksotik, penyu, batu karang, caimans, iguanas, tenggiling dan banyak lagi.

Produk hidupan liar haram bergerak melalui negara dan melintasi sempadan dan dijual secara terbuka dan sembunyi. Kebanyakan perdagangan ini berlangsung tanpa dikesan dan oleh itu sukar untuk memastikan jumlah hidupan liar haram yang dihantar dan dijual di seluruh dunia.

Dalam sesetengah kes, hidupan liar tersembunyi dan melepasi melalui pemeriksaan tanpa diketahui oleh pihak Kastam dan pengawal sempadan, atau disertakan dengan dokumentasi palsu. Pegawai Kastam juga mungkin menutup mata, diberikan tip atau membantu menyembunyikan perdagangan hidupan liar haram sebagai pertukaran bagi rasuah atau manfaat lain. Terlepasnya perdagangan hidupan liar haram melalui pusat pemeriksaan dan sempadan mengambarkan kekurangan kemampuan, latihan atau keutamaan yang rendah bagi mencegah jenayah hidupan liar.

Globalisasi meningkatkan peluang bagi transaksi tersembunyi terutama sekali di mana penguatkuasaan undang-undang dan agensi yang bertanggungjawab dengan melindungi hidupan liar kekurangan sumber dan kekurangan penyeliaan. Di banyak negara, agensi bertanggungjawab bagi membanteras jenayah hidupan liar termasuk menangani rasuah dalam bidang ini, kekurangan kemampuan dan sumber untuk berbuat demikian. Ia mungkin akibat kekurangan keutamaan bagi jenayah hidupan liar, pada umumnya kekurangan sumber atau infrastruktur atau kepentingan diri dalam kangan pembuat keputusan dalam menguruskan institusi rasuah, yang membenarkan mereka memperkayakan diri sendiri secara haram. Terdapat juga persepsi bahawa masalah ini sebenarnya tanpa korban dan hasilnya kerajaan cenderung untuk tidak memberikan keutamaan kepada isu jenayah hidupan liar termasuk rasuah berkaitan hidupan liar.

Badan Global – Konvensyen Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Flora dan Fauna Terancam (CITES) ditugaskan dengan mengawal perdagangan hidupan liar antarabangsa tetapi tidak berkesan memandangkan ia tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan, bermakna penyembelihan spesies terancam dan penjualan untuk keuntungan berterusan tanpa henti.

Pengangkutan dan logistik bukan hanya tulang belakang ekonomi moden tetapi juga kunci utama kepada penyeludupan haiwan hidupan liar dan produk hidupan liar. Oleh sebab itu sektor pengangkutan dan logistik memainkan peranan kritikal dalam mengenal pasti dan menghapuskan risiko sepanjang rantaian bekalan.

Dalam kes Malaysia, ia mempunyai infrastruktur terbaik di rantau ini menjadikan ia mudah bagi penyeluduo untuk mengangkut haiwan mereka. Laporan rampasan di laut dan lapangan terbang terutama sekali di kawasan Johor, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Malaysia menghadapi masalah penyeludupan yang besar dan antara 10 teratas hab penyeludupan di rantau ini bersama Filipina, Indonesia, Singapura dan Vietnam. Tambahan pula terdapat trend baharu perdagangan melalui Internet di mana pembelinya adalah penduduk tempatan dan orang asing.

Persoalannya kini sama ada perundangan di negara kita mencukupi untuk melindungi spesies terancam dan untuk membanteras perdagangan hidupan liar haram. Adakah undang-undang menyediakan hukuman yang sewajarnya terhadap peniaga hidupan liar haram? Apakah pendekatan yang diambil oleh pihak kehakiman dalam memerangi perdagangan hidupan liar haram? Isu utama dengan dengan hukuman biasanya denda yang kecil terhadap pesalah, atau penjara sehari kerana hakim atau magistret tidak memahami betapa seriusnya jenayah ini.

Pihak berkuasa perlu memerangi jenayah ini sehingga ke akar umbi bagi menangani jenayah hidupan liar di rantau ini melalui perkongsian maklumat serta usahasama meliputi agensi kerajaan dan institusi serta agensi lain yang berkaitan. Mengukuhkan lagi penguatkuasaan undang-undang hidupan liar dan memerangi jenayah hidupan liar perlulah diberikan keutamaan di peringkat negara, serantau dan global. Pertubuhan sokongan seperti Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), Interpol, Pertubuhan Kastam Sedunia dan CITES amat penting kepada kejayaan terhadap usaha seperti itu.

 

M. Mohamed Idris

Presiden

Join Donate