Masalah Pencerobohan Bot Pukat Tunda Dan Aktiviti Bot Pukat Kenka KEHIDUPAN LEBIH 2,000 NELAYAN PANTAI PULAU PINANG TERJEJAS
Nelayan Pantai Pulau Pinang Diancam Bot Pukat Tunda dan Bot Pukat Kenka Gambar : SAM
Kenyataan Akhbar 24 Januari 2019
Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk mempergiatkan operasi membanteras pencerobohan bot pukat tunda dan aktiviti bot kenka di kawasan tangkapan nelayan pantai di Pulau Pinang.
Gesaan ini dibuat berikutan aduan oleh nelayan-nelayan pantai negeri tersebut kepada SAM bahawa masalah itu semakin serius berlaku menyebabkan sumber pendapatan mereka teruk terjejas. Bot pukat tunda yang terlibat ialah dari Teluk Bahang dan Batu Maung, manakala bot kenka pula dari Kuala Muda, Bakau Tua dan Penaga daerah Seberang Perai Utara (SPU)
Dalam tinjauan yang dibuat SAM mendapati lebih 2,000 nelayan pantai di 10 pengkalan iaitu Pulau Betong, Kuala Jalan Baru, Pantai Malindo, Kuala Sungai Pinang, Teluk Bahang, Teluk Kumbar, Telok Tempoyak, Batu Maung, Permatang Damar Laut dan Sungai Batu mengalami kesempitan hidup kerana masalah ini.
Read more