Hari Antarabangsa Perjuangan menentang Perladangan Monokultur Kayu: Perladangan monokultur di ambang darurat iklim

Kenyataan Akbar 21 September 2019
September 21 adalah Hari Antarabangsa Perjuangan menentang Perladangan Monokultur Kayu, hari di mana gerakan masyarakat sivil dan komuniti di seluruh dunia memperingati penentangan ke atas perladangan monokultur kayu yang telah memusnahkan ekosistem dan mengancam komuniti. Walaupun ianya dimulakan oleh komuniti yang terjejas oleh perladangan monokultur kayu di Brazil pada tahun 2004, kemusnahan ekosistem dan kesan-kesan sosial yang dicetuskan oleh apa juga jenis monokultur yang besar adalah pada dasarnya sama sahaja, apa pun tanaman pilihannya.
Lebih dari sebulan, jerebu yang merentasi sempadan yang disebabkan oleh kebakaran hutan di Sumatra dan Kalimantan telah terus bertiup di Malaysia, Singapura dan Brunei, dan akhirnya telah tiba di Filipina pada minggu ini. Perkara ini telah terus berlaku untuk lebih dari dua dekad. Di Brazil, hutan Amazon juga telah terbakar oleh sebab yang sama – kebakaran yang dicetuskan oleh pembangunan perladangan monokultur. Sementara itu, kebakaran luarbiasa telah turut berlaku di Siberia, Australia dan Artik, membuktikan bahawa kebimbangan tentang perubahan iklim tidak boleh lagi disangkal begitu sahaja. Semalam, dan berterusan di hujung minggu ini, mogok tentang perubahan iklim terus dianjurkan di seluruh dunia, kebanyakannya dipimpin oleh anak-anak muda.
Read more